Switzerland ialah negara Eropah yang kecil dan terkenal kerana keindahannya, gunung-ganang yang diliputi salji dan penduduknya yang cintakan kebebasan. Pergunungan Alps dan Pergunungan Jura meliputi lebih separuh Switzerland. Namun kebanyakan orang Switzerland tinggal di penara yang terbentang merentasi di bahagian tengah negara ini di antara kedua-dua buah banjaran gunung tersebut. Di kawasan ini terletak kebanyakan industri Switzerland dan tanah ladangnya yang paling subur. Ibu negara Switzerland, Bern, dan Zurich, bandar yang terbesar juga terletak di sini. |