ESTROGEN | Estrogen ialah mana-mana satu daripada sekumpulan hormon yang sama dari segi kimia yang menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan ciri-ciri seksual wanita pada manusia dan ciri-ciri seksual betina pada haiwan-haiwan lain. Estrogen juga mempengaruhi kitaran pembiakan wanita. | UMUM | |
MENARA BULAT | Menara bulat merupakan ciri-ciri yang menarik pemandangan landskap di kebanyakan bahagian Ireland. Menara-menara ini dibina berdekatan gereja dan biara antara tahun 900-an M. dan tahun 1200-an. Ia digunakan sebagai menara loceng untuk membunyikan loceng tangan dan sebagai tempat persembunyian semasa berlakunya serangan oleh pihak Viking. Ketinggian menara ini berbeza-beza, dari 21 meter hingga 38 meter dan berdiameter dari empat meter hingga 5.5 meter. Menara yang masih ada dianggarkan berjumlah 100 buah. | UMUM | |
AKULTURASI | Akulturasi ialah proses apabila ciri-ciri kebudayaan suatu kumpulan berubah melalui hubungan kumpulan itu dengan kebudayaan kumpulan lain. | UMUM | |
TOPOGRAFI KARS | Bentuk muka bumi di kawasan batu gamping, ciri-ciri dipengaruhi oleh kelarutan batuan dalam air. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
KETURUNAN | Keturunan ialah penurunan ciri-ciri biologi daripada satu generasi kepada generasi seterusnya. Proses keturunan berlaku dalam kalangan semua benda hidup – haiwan, tumbuhan, malah organisma mikroskopik seperti bakteria. Keturunan menjelaskan mengapa setiap ibu manusia melahirkan bayi manusia dan mengapa setiap ibu anjing melahirkan anak anjing dan bukan anak kucing. Ia juga menyebabkan anak kelihatan seperti ibu bapanya. | UMUM | |
PROTOZOA | Protozoa ialah organisma bersel tunggal yang mungkin mempunyai ciri-ciri seperti tumbuhan atau haiwan. Ahli-ahli sains biasanya mengelaskan protozoa sebagai haiwan dan meletakkannya dalam filum Protozoa. Bagaimanapun, kini, ramai ahli sains tidak mengelompokkan protozoa sebagai haiwan atau tumbuhan. Mereka meletakkan protozoa bersama lain-lain organisma ringkas dalam alam Protista. Kajian tentang protozoa dikenali sebagai <i> protozoologi. i> | UMUM | |
STREPTOKOKUS | Streptokokus ialah <i>genus i>(kumpulan) bakteria yang berkongsi ciri-ciri tertentu. Di bawah mikroskop, streptokokus kelihatan sebagai rantaian organisma berbentuk sfera. Streptokokus dikelaskan sebagai bakteria <i>hemolitik. i>Bakteria ini mengeluarkan toksin yang memusnahkan seluruhnya atau sebahagiannya sel darah merah. Pemusnahan ini dikenali sebagai <i>hemolisis.i> | UMUM | |
THEOCRITUS | Theocritus (200-an S.M.) ialah penyair Yunani yang memperkenalkan ciri-ciri puisi pastoral Yunani. Puisi pastoral berkisar di sekitar tema kedesaan. Theocritus menentukan piawai puisi pastoral dengan tema yang dipilihnya, persembahan yang menarik, dan kesan emosi yang mendalam. | UMUM | |
DNA REKOMBINAN | Kejuruteraan yang menggunakan teknik DNA (Deoxyribonucleic Acid) rekombinan untuk memanipulasi gen bagi mendapatkan ciri-ciri baru yang lebih baik. | KEJURUTERAAN | Konsep |
EPIGRAM | Epigram ialah puisi lucu ringkas, atau pepatah yang tajam maksudnya. Ciri-ciri pentingnya termasuklah kemampatan, kehalusan, keseimbangan, dan kejelasan. | UMUM | |