Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. rasa, perasaan; 2. keinginan, hasrat; 3. gagasan, idea; 4. sl cipta, angan-angan, fikiran: kecil hati rupanya nyata, diangkanya kakang berubah ~; 5. cinta, rindu (akan): jikalau anakanda sesak sukar sesuatu hal, bakarlah kemenyan mandung jati itu, ~lah nama ayahanda, nescaya datanglah ayahanda; cita-cita 1. harapan, hasrat, keinginan (yg kuat): seakan-akan digerakkan oleh ~ hendak bertemu dgn anak bininya; ~nya ingin menjadi jurutera apabila besar kelak; 2. maksud, tujuan yg hendak dilaksanakan: aku rintang pekerjaannya itu dgn ~ yg luhur; bercita-cita 1. ada cita-citanya, mempunyai cita-cita: kita bukan hidup sbg haiwan yg tidak ~; 2. berharap (akan), berhasrat (akan), berniat (akan): sbg pemimpin, ia ~ mewujudkan masyarakat yg bebas dan aman makmur; mencita sl menciptakan, mewujudkan se­suatu dgn kuasa batin (sakti): masing-masing pun ~ saktinya pula lalu menjadi naga turun ke dlm laut; pucuk dicita ulam mendatang prb yg diperoleh lebih drpd yg dikehendaki; mencita-cita, mencita-citakan 1. meng­angankan, mengharapkan, menghendaki, mengimpikan: dia tahu kalau dia terus berkeras melawannya, tentulah segala-gala yg dicita-citakan itu akan musnah; 2. membayangkan dlm fikiran, menggambarkan (melukiskan) kpd: dlm ceramahnya itu, ia ~ demokrasi sosial yg akan dibentuk utk menjamin kebahagiaan ekonomi setiap lapisan rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 perasaan hati; rasa: ~ rasa rasa spt sedap, lazat dsb. 2 angan-angan; sesuatu yg difikirkan. cita-cita 1 keinginan yg selalu ada dlm fikiran: ~nya menjadi doktor. 2 tujuan yg hendak dicapai atau yg hendak dilakukan; maksud: Tanpa kerjasama drpd seluruh rakyat, ~ kerajaan hendak mendirikan suatu masyarakat adil tidak akan berjaya. bercita-cita 1 berharap; berniat: Dia ~ hendak melanjutkan pelajarannya. 2 mempunyai cita-cita atau tujuan yg sempurna: Ahmad ialah anak yg ~ tinggi. mencita-citakan 1 mengingini; mengharapkan: Akhirnya tercapai juga apa-apa yg dicita-citakannya itu. 2 membayangkan dlm fikiran: Mereka selalu ~ dunia baru yg serba mewah dan aman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cita I

Puisi
 

Buah rambai dalam padi,
     Lazat pula cita rasanya;
Pandai sungguh mengambil hati,
     Sarat dengan budi bahasanya.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Terpegang di abu hangat.

Bermaksud :

Kecewa dalam suatu cita-cita atau pekerjaan; mencampuri sesuatu yang menyusahkan saja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTEMPURAN WATERLOO

Pertempuran Waterloo yang berlaku pada 18

Jun 1815 ialah pertempuran terakhir bagi Napoleon

Bonaparte, iaitu pemerintah tentera Perancis yang

bijak. Pertempuran ini menamatkan cita-cita tinggi

politiknya untuk memerintah seluruh benua Eropah.

Kekalahannya ini amat teruk, sehingga apabila

seseorang itu mengalami sesuatu kecelakaan atau

kekalahan yang dahsyat, kita akan mengatakan

bahawa orang itu “telah menemui Waterloonya.”

UMUM 
XERXES I

Xerxes I (519? – 465 SM), memerintah Empayar

Parsi dari tahun 486 S. hinggalah baginda

mangkat. Baginda menggantikan ayahandanya,

Darius I dan menghabiskan masa beberapa

tahun cuba mencapai cita-cita bapanya untuk

menakluki Greece.

UMUM 
SAINT-SIMON, COMTE DE

Saint-Simon, Comte de (1760–1825) ialah

pengasas sosialisme Perancis. Cita-citanya ialah

menjadikan kemanusiaan yang lebih baik. Dia

berhasrat melahirkan sebuah masyarakat baru

yang semua orang bekerja dan akan menerima

ganjaran setimpal dengan tenaganya. Tiada siapa

dibenarkan mewarisi kekayaan dan semua

individu akan memulakan kehidupannya atas

dasar sama rata. Saint-Simon mahu menyandarkan

teori sosialnya itu pada bukti saintifik, tetapi

kesimpulan yang dibuatnya tidak sistematik.

UMUM 
THUCYDIDES

Thucydides (460?–400? S.M.), ahli sejarah Yunani,

menjadi ahli sejarah pertama di dunia yang bercita-cita

untuk mencatat sejarah yang tepat dan tidak

berat sebelah yang juga boleh mendedahkan

perjalanan sifat kemanusiaan semula jadi dalam

masyarakat. Bahan sejarahnya ialah perang besar

di antara dua negara kota Yunani, Athens dan

Sparta . Perang ini berlaku dari tahun 431 S.M.

hingga tahun 404 S.M. Catatan Thucydides yang

terkenal, <i> History of the Peloponnesian War i> ,

berakhir pada tahun 411 S.M.

UMUM 
PERTEMPURAN PHARSALUS

Pertempuran Pharsalus ialah pertempuran

antara tentera jeneral Rom Julius Caesar dengan

tentera Pompey pada tahun 48 S.M. Selepas

menawan Gaul (58 S.M. hingga 51 S.M.), Caesar

menjadi pemerintah tentera yang paling berkuasa di

dunia Rom. Pompey dan dewan senat di Rom gerun

terhadap kuasa dan cita-cita Caesar. Perang saudara

pun meletus. Pompey pada mulanya telah menang.

Apabila kedua-dua tentera tersebut bertempur di

Pharsalus (kini Farsala) di Greece, jumlah tentera

Pompey melebihi jumlah tentera Caesar, iaitu

melebihi seramai 40 000 orang.

UMUM 
KIBLATKIBLAT, majalah bercorak keagamaan.  Majalah ini diterbitkan pada bulan Ogos 1970 oleh Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur.  Majalah ini bermotokan ‘Ke arah cita-cita bertakwa’.  Majalah ini diterbitkan dalam tulisan Jawi berukuran 21 cm x 28 cm; mengandungi lebih kurang 40 muka surat.  Majalah ini diterbitkan sebutan sekali, pada setiap akhir bulan.SASTERAKonsep
LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam. Idea penubuhan pertubuhan kebajikan ini lahir daripada cita-cita Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Pemaisuri Agong yang pertama. Baginda berhasrat agar sebuah pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam yang miskin dan malang dapat ditubuhkan di negara ini. Baginda berusaha mengumpulkan beberapa tokoh wanita Islam yang berpengalaman mengenai pertubuhan sukarela. Akhirnya, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 31 Mac 1960. Jawatankuasa pertubuhan kebajikan ini dianggotai oleh Tunku Puan Besar Kurshiah (sebagai Yang Dipertua), Nyonya Razif (isteri kepada Duta Besar Indonesia Persekutuan Tanah Melayu), Puan Sri Puteh Mariah, Tengku Aishah, Fatimah Musa, Che Tom Khir Johari dan Aminah Bahaman.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
GAGASAN AWAL KALIMANTAN UTARA

GAGASAN AWAL KALIMANTAN UTARA, cita-cita British   untuk menyatukan Sarawak, Sabah, Brunei dan Labuan sebagai sebuah persekutuan. Pada tahun 1887, Lord Brassey, seorang ahli Lembaga Pengarah North Borneo Chartered Company mengemukakan cadangan bertujuan memberi kemudahan kepada pedagang British meluaskan perdagangan mereka di bwah perlindungan kerajaan British, khususnya bagi menghadapi saingan daripada pedagang Belanda dan Amerika. Cadangan itu tidak mendapat sebarang sokongan rasmi kerajaan British.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SENI HALUS

Seni halus berkaitan dengan membuat objek-

objek cantik, atau mengeluarkan, atau

mempersembahkan karya yang menarik kepada

cita rasa estetik seseorang. Kita berharap untuk

menikmati puisi, lukisan, atau simfoni kerana

seninya sendiri, bukan semata-mata sebagai cara

untuk sesuatu yang lain. Kita juga mengharapkan

karya seni yang besar dapat mengembangkan

minda kita dengan mengungkap dan menjelaskan

fikiran terbaik tokoh besar.

UMUM 
MENCKEN, H.L.

Mencken, H.L. (1880–1956) ialah pengkritik,

editor, dan wartawan Amerika Syarikat. Dia paling

terkenal kerana serangannya terhadap cita rasa dan

kebudayaan Amerika Syarikat serta kerana kajiannya

tentang bahasa Amerika.

UMUM 
123

Kembali ke atas