Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[co.gan] | چوݢن

Definisi : 1. panji-panji atau lencana sbg lambang (semboyan): ~ dibawa di hadapan raja; 2. cogan kata; ~ alam tombak kerajaan yg ber­hiaskan emas pd mata dan batangnya, jogan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[co.gan] | چوݢن

Definisi : 1 cogan kata; kata semboyan. 2 panji-panji yg digunakan sbg tanda; lencana yg ada semboyan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cogan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
COGAN

COGAN, sejenis tongkat yang diperbuat daripada logam dan dihias dengan emas dan batu permata yang dijadikan sebagai lambang kekuasaan dan kedaulatan seseorang raja. Di sesetengah negeri, misalnya negeri Kelantan, menyebutnya jogan. Di Malaysia, cogan dijadikan sebahagian alat kebesaran diraja termasuk institusi Yang di-Pertuan Agong.

            

BUDAYAArtifak/Mentifak
E PLURIBUS UNUM

E Pluribus Unum ialah cogan kata dalam

bahasa Latin yang terdapat di muka hadapan

Mohor Besar Amerika Syarikat.

UMUM 
PERHIASAN KEBESARAN DIRAJA

Perhiasan kebesaran diraja atau Crown jewel

merupakan perhiasan berharga yang dimiliki oleh

raja dan ratu England. Sebahagian besar perhiasan

ini terdiri daripada mahkota, cogan alam, dan objek

lain yang digunakan semasa upacara Pertabalan

(lihat Permahkotaan).

UMUM 
PRESBYTERIAN

Presbyterian membentuk kumpulan mazhab

Protestan yang besar di negara-negara berbahasa

Inggeris. Di luar negara-negara ini kebanyakan

gereja mazhab ini dikenali sebagai Reformasi

misalnya, Gereja Reformasi Belanda. Satu cogan

kata gereja ini ialah semper reformanda (sentiasa

direformasi). Lebih kurang 100 mazhab menjadi

ahli Gereja Reformasi Perikatan Dunia.

UMUM 
DEWAN BAHASA

DEWAN BAHASA, majalah bahasa yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1957. Keluaran sulungnya ialah pada bulan September 1957 dengan cogan kata yang berbunyi ‘Mendukung Cita-cita Bahasa Jiwa Bangsa’. Cogan kata ini selaras dengan matlamat penubuhan DBP, iaitu untuk memenuhi perjuangan dan aspirasi rakyat mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

BAHASAPenerbitan
PASUKAN POLIS BERKUDA DIRAJA KANADA

Pasukan Polis Berkuda Diraja Kanada

(RCMP) ialah sebuah jabatan penguat kuasa

undang-undang di Kanada. Kemasyhuran Pasukan

Polis Berkuda ini telah tersebar ke seluruh pelosok

dunia semenjak ditubuhkan pada tahun 1873. Kini,

pasukan tersebut menunggang motosikal dan tidak

lagi menunggang kuda. Namun, masih banyak lagi

buku-buku dan filem yang memperkatakan tentang

pasukan polis berkuda ini. Lencana pasukan Polis

Berkuda Diraja Kanada ini memaparkan cogan kata

organisasi tersebut iaitu, Maintiens le droit

(Pertahankan yang benar).

UMUM 
PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA

PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA, bahagian pemuda atau ‘sayap kanan’ Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).  Idea asal Dato’ Onn Jaafar ialah penubuhan pejabat Perkara-perkara Pemuda dan ia ditubuhkan secara rasmi pada bulan Mac 1947.  Kemudian pejabat ini dikenal sebagai Pejabat Pemuda.  Hussein Onn dilantik sebagai setiausaha kepada Pejabat Pemuda  (yang juga dikenal sebagai Setiausaha Hal Ehwal Pemuda UMNO).  Pada 26 Ogos 1949, bahagian pemuda ini dinaikkan taraf menjadi Perikatan Pemuda UMNO.  Cogan katanya ialah ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ yang menjadi garis panduan untuk bergerak.  Sekali lagi Hussein Onn dilantik sebagai Ketua Perikatan Pemuda UMNO.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan

Kembali ke atas