Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Kd masam muka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata com


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PALEMBANG

com:office:smarttags" />PALEMBANG, ibu kota dan pusat pemerintahan kerajaan Sriwijaya dari abad ke-7 M. hingga abad ke-11 M.  Palembang terletak di tebing Sungai Musi, di pantai timur Pulau Sumatera, Indonesia. Kota yang terletak lebih kurang 80 km dari kuala sungai ini tidak banyak menunjukkan yang ia pernah menjadi sebuah kota yang teragung kerana tidak ada tinggalan monumen besar, candi, benteng atau biara.com:office:office" />

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
BREMEN

Bremen (pend. 551 219) ialah bandarcom:office:office" />

perdagangan dan perindustrian di barat laut

Jerman.

UMUM 
BROWN THRASHER

Brown thrashercom:office:office" />

ialah burung besar

yang menarik di timur

Amerika Syarikat

dan Kanada.

UMUM 
BIDUK

com:office:office" /> 

BIDUK, sejenis perahu yang tidak besar, biasanya berukuran 4.2 m panjang, 0.75m lebar dan 0.38 m tinggi.  Biduk dapat membawa antara dua hingga tiga orang penumpang sahaja.  Biduk dikenal dengan pelbagai nama mengikut bentuk, ukuran dan tempat.  Di Johor, Singapura dan Kepulauan Riau, biduk dikenal sebagai sampan dan sampan riau.  Di pantai timur Semenanjung Malaysia, biduk dikenal sebagai mat rian dan perahu etok. Ada juga tempat yang memanggilnya sebagai belongkang, beranta, jampul, lopek, laca, ketiap, ludang atau seludang.  Biduk digunakan oleh nelayan pantai di sungai atau laut.

BUDAYAKenderaan/Pengangkutan
BOVINE SPONGIFORM ENCEPHALOPATHY (BSE)

Bovine spongiform encephalopathycom:office:office" />

(BSE) ialah penyakit yang menyerang lembu. Ia

adalah salah satu kumpulan penyakit yang dikenali

sebagai subacute spongiform encephalopathies.

Kumpulan ini termasuk scrapie pada biri-biri dan

penyakit Creutzfeldt-Jakob pada manusia.

UMUM 
BIOPOLIMER

com:office:office" /> Biopolimer ialah polimer yang terdapat secara semula jadi.  Kanji, protein dan peptida, DNA dan RNA adalah contoh biopolimer yang terdiri daripada unit monomer gula, asid amino dan asid nukleik.

BIOLOGISifat/Keadaan
BURSITIS

Bursitis ialah gangguan yang menyebabkancom:office:office" />

kesakitan dalam sendi-sendi tubuh. Lazimnya

penyakit ini terjadi di bahagian sendi bahu atau

sendi pinggul.

UMUM 
BUNGA PAINTBRUSH ORANG ASLI AMERIKA

Bunga paintbrush Orang Asli Amerikacom:office:office" />

ialah nama bagi lebih kurang 200 spesies bunga

liar yang terdapat di kawasan barat Amerika

Syarikat. Ia juga dikenali sebagai bunga painted

cup.

UMUM 
ABU HASSAN SHAM

BIDANG: SASTERAcom:office:office" />

PENULIS: ABDUL RAHMAN KAEH

ABU HASSAN SHAM, Dato’ (1945- ), pengkaji kesusasteraan Melayu klasik. Dia lahir pada 27 Julai 1945 di Kampung Pangsenam, Temerloh, Pahang. Nama sebenarnya ialah Abu Hassan bin Mohd. Sham. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Temerloh; Sekolah Menengah Abu Bakar, Temerloh dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Kuantan. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran ke Sekolah Alam Shah di Kuala Lumpur dan seterusnya memasuki Universiti Malaya pada tahun 1966 dan memperoleh ijazah Sarjana Muda. Pada tahun 1972, dia mendapat ijazah Sarjana Sastera dari universiti yang sama. Di universiti inilah dia memulakan kerjayanya sebagai tutor, pensyarah dan seterusnya dilantik sebagai profesor di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya mulai Januari 1994.

SASTERATokoh
BURLESQUE

Burlesque, satu bentuk hiburan aneka ragamcom:office:office" />

yang popular di Amerika Syarikat pada awal tahun

1900-an. Kemuncak kepopularan burlesque adalah

dari tahun 1905 hingga tahun 1920-an. Pada masa

itu burlesque dipersembahkan dalam bentuk yang

standard dan hampir menyamai vaudeville (lihat

Vaudeville).

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas