MERCURY | Mercury ialah utusan tuhan dan dewa perjalanan dalam mitologi Rom. Orang Rom purba turut memuja Mercury sebagai dewa perdagangan, harta, dan kekayaan. Perkataan commerce, merchandise dan merchant berkait rapat dengan namanya.Orang Rom menganggap Mercury agak licik dan mengelirukan, serta seorang penipu atau pencuri. Penjenayah menganggapnya sebagai pelindung mereka. Mercury menyerupai dewa Hermes dalam mitologi Yunani. | UMUM | |
DEWAN PERNIAGAAN | Dewan Perniagaan ialah persatuan ahli peniaga yang menggalakkan kepentingan ahlinya dan perniagaan secara am. Dewan perniagaan ditubuhkan di pekan, bandar, daerah dan negeri. Bagi kebanyakan negara Eropah, dewan perniagaan merupakan agensi rasmi, yang ditanggung oleh cukai. Dewan perniagaan kadangkala dikenali sebagai lembaga perdagangan, persatuan saudagar, atau persatuan perniagaan. International Chamber of Commerce mempunyai ahli daripada persatuan dan syarikat perniagaan di seluruh dunia. | UMUM | |
TENGKU RAZALEIGH HAMZAH | TENGKU RAZALEIGH HAMZAH (1937 - ), Presiden Parti Melayu Semangat 46. dia lahir pada 13 April 1937 di Kota Bharu, Kelantan. Dia adalah anak kepada Tengku Mohammed Hamzah bin Tengku Zainal Abidin, yang pernah menjadi Menteri Besar Kelantan. Datuknya adalah putera kepada Sultan Muhammad III. Tengku Razaleigh mendapat pendidikan di Maktab Sultan Ismail Kota Bharu dan di Kolej Melayu Kuala Kangsar sebelum melanjutkan pelajarannya di Queen’s University, Belfast, United Kingdom. Dia pernah menerima Ijazah Bachelor of Commerce pada tahun 1959. Kemudian dia meneruskan pengajiannya dalam bidang Undang-undang di Lincoln’s Inn, London. Pengajiannya tidak tamat kerana dia terpaksa kembali ke tanah air mengambil alih urusan perniagaan keluarganya, berikutan kematian ayahnya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |