Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n independent state, negara. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata commonwealth


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TASIK BURLEY GRIFFIN

Tasik Burley Griffin ialah tasik buatan manusia

di Canberra di ibu negara Wilayah Persekutuan

Australia . Ia dirancang sebagai satu siri tasik kecil

oleh pereka bandar tersebut, Walter Burley Griffin.

Sungai Molonglo telah diempangkan di Empangan

Scrivener hingga membentuk sebuah tasik tunggal

yang mempunyai tiga buah lembangan. Kings

Avenue dan Commonwealth Avenue merentasi

tasik ini dan menyediakan hubungan di antara

sektor-sektor di Canberra.

UMUM 
JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA

JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA (Malaysian Solidarity Consultative Committee), badan perancangan untuk tindakan penubuhan Malaysia. Badan ini ditubuhkan pada 21 Ogos 1961 di Jesselton, Sabah, sebagai satu cawangan kepada Persatuan Parlimen Komenwel (Commonwealth Parliamentary Association). Jawatankuasa ini ditubuhkan berikutan pengumuman Perdana Mentari Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj, mengenai ‘satu kerjasama politik dan ekonomi’ antara Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
TENNANT, KYLIE

Tennant, Kylie (1912–1988 ) ialah pengarang

Australia yang memperoleh reputasi utama sebagai

penulis novel dengan terbitnya Tiburon pada tahun

1935, dan The Battlers (1941). Tiburon memenangi

S.H. Prior Memorial Prize pada tahun 1935. Novel

Tennant yang lain, termasuklah Foveaux (1939), Ride

On, Stranger (1943), dan The Honey Flow (1956).

Gayanya terserlah melalui pemikiran, semangat,

kelucuan dan kebijaksanaan. Beberapa buah bukunya

menyentuh masalah masyarakat. Dia juga menulis

drama. Dramanya, Tether a Dragon, memenangi

Commonwealth Jubilee Stage Play Competition pada

tahun 1952. Pada tahun 1960, dia memenangi

Children’s Book Award dengan bukunya yang

berjudul All the Proud Tribesmen . Tennant lahir di

Sydney.

UMUM 

Kembali ke atas