Ptolemy (100 M.–165 M.) ialah salah seorang ahli kaji bintang dan kaji bumi yang teragung pada zaman purba. Dia juga dikenali sebagai Claudius Ptolemaeus. Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan Ptolemy. Walau bagaimanapun, sarjana mendapati bahawa dia telah membuat kajian bintangnya di Iskandariah, Mesir, kira-kira pada tahun 150. Hasil penemuan dan teori-teori Ptolemy telah ditulis dalam 13 bahagian karya berjudul Mathematike Syntaxis , atau Mathematical Composition . Hasil tulisannya sangat disanjung sehingga dia dikenali sebagai Almagest , iaitu istilah gabungan Arab-Yunani, yang bermaksud yang agung . |