Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. convention, persidangan: an international ~ on lexicography, persidangan antarabangsa ttg leksikografi; 2. meeting, mesyuarat; in ~, sedang bermesyuarat: I’m afraid you’ll have to call back, sir. The manager’s in ~ now, minta maaf, tuan terpaksa menelefon kembali. Pengurus kami sedang bermesyuarat sekarang. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata conference


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERSIDANGAN KESELAMATAN DAN KERJASAMA DI EROPAH

Persidangan Keselamatan dan Kerjasama

di Eropah (Conference on Security and

Cooperation in Europe – CSCE) ialah siri persidangan

yang diadakan untuk meningkatkan kerjasama di

antara negara-negara Timur dengan Barat Eropah.

Sehingga akhir tahun 1991, peserta persidangan ini

ialah Kesatuan Soviet dan semua negara di Eropah,

termasuk Amerika Syarikat dan Kanada. Pada tahun

1991, Kesatuan Soviet berpecah dan menjadi

beberapa buah negara yang merdeka. Sejak itu, Rusia

menduduki kerusi Kesatuan Soviet, dan negeri-

negeri yang dahulunya bernaung di bawah Kesatuan

Soviet juga telah menyertai CSCE. Sebahagian

daripada negara-negara tersebut adalah di Asia Barat

dan Asia Tengah. Kini, kira-kira 50 buah negara secara

rasmi menyertai CSCE.

UMUM 
PERSETIAAN HELSINKI

Persetiaan Helsinki adalah beberapa

persetujuan antarabangsa yang dicapai hasil daripada

Persidangan bagi Keselamatan dan Kerjasama in

Eropah (Conference on Security and Cooperation di

Europe – CSCE) pada tahun 1970-an dan tahun 1980-

an. Persetiaan pertama dan paling penting dicapai

bagi meningkatkan kerjasama antara negara-negara

Eropah Timur dengan Eropah Barat. Persetujuan

utama ditandatangani di Helsinki, Finland pada 1

Ogos 1975 oleh Kanada, Amerika Syarikat, Kesatuan

Soviet, dan 32 anggota lain dalam CSCE yang hampir

keseluruhannya adalah negara-negara Eropah.

UMUM 
SWEDENBORGIAN

Swedenborgian ialah orang yang mengikut

rumusan doktrin Kristian sebagaimana yang

diajarkan oleh Emanuel Swedenborg, ahli teologi

Sweden. Gereja yang berasaskan doktrin ini

ditubuhkan di London pada tahun 1787, dan di

Amerika Syarikat pada tahun 1792. Gereja-gereja di

Amerika Syarikat dan Kanada mewujudkan General

Convention of the New Jerusalem pada tahun 1817.

Sebuah badan yang berasingan, iaitu General

Church of the New Jerusalem, diasaskan pada

tahun 1890. Penganut fahaman ini mempunyai

perkumpulan dan misi di serata dunia, biasanya

dengan cara bersekutu dengan badan-badan di

Amerika Syarikat atau dengan Conference of the

New Church di United Kingdom.

UMUM 

Kembali ke atas