Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cooperation


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERSIDANGAN KESELAMATAN DAN KERJASAMA DI EROPAH

Persidangan Keselamatan dan Kerjasama

di Eropah (Conference on Security and

Cooperation in Europe – CSCE) ialah siri persidangan

yang diadakan untuk meningkatkan kerjasama di

antara negara-negara Timur dengan Barat Eropah.

Sehingga akhir tahun 1991, peserta persidangan ini

ialah Kesatuan Soviet dan semua negara di Eropah,

termasuk Amerika Syarikat dan Kanada. Pada tahun

1991, Kesatuan Soviet berpecah dan menjadi

beberapa buah negara yang merdeka. Sejak itu, Rusia

menduduki kerusi Kesatuan Soviet, dan negeri-

negeri yang dahulunya bernaung di bawah Kesatuan

Soviet juga telah menyertai CSCE. Sebahagian

daripada negara-negara tersebut adalah di Asia Barat

dan Asia Tengah. Kini, kira-kira 50 buah negara secara

rasmi menyertai CSCE.

UMUM 
PERSETIAAN HELSINKI

Persetiaan Helsinki adalah beberapa

persetujuan antarabangsa yang dicapai hasil daripada

Persidangan bagi Keselamatan dan Kerjasama in

Eropah (Conference on Security and Cooperation di

Europe – CSCE) pada tahun 1970-an dan tahun 1980-

an. Persetiaan pertama dan paling penting dicapai

bagi meningkatkan kerjasama antara negara-negara

Eropah Timur dengan Eropah Barat. Persetujuan

utama ditandatangani di Helsinki, Finland pada 1

Ogos 1975 oleh Kanada, Amerika Syarikat, Kesatuan

Soviet, dan 32 anggota lain dalam CSCE yang hampir

keseluruhannya adalah negara-negara Eropah.

UMUM 
PEMBANGUNAN EKONOMI

Pertubuhan bagi Kerjasama dan

Pembangunan Ekonomi ialah persatuan 25

buah negara di Eropah Barat, Amerika Utara, dan

kawasan Pasifik. Organisasi ini dikenali sebagai OECD

( Organization for Economic Cooperation and

Development ) berfungsi untuk menggalakkan

ekonomi dan kebajikan sosial negara anggota, dan

menyelaraskan usaha untuk membantu negara-

negara membangun.

UMUM 
AGENSI TENAGA ANTARABANGSA (INTERNATIONALENERGY AGENCY–IEA)

Agensi Tenaga Antarabangsa (International

Energy Agency -IEA) ialah organisasi yang

dianggotai 21 buah negara pengimport minyak

yang utama. Ia bertindak sebagai agensi bebas

dalam Organisasi untuk Kerjasama Ekonomi dan

Pembangunan (OECD–Organization for Economic

Cooperation and Development). Anggota IEA

saling berusaha untuk mengurangkan

pergantungan pada minyak dengan menggalakkan

penjimatan penggunaan minyak dan memajukan

sumber tenaga alternatif.

UMUM 

Kembali ke atas