Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[co.rong] | چوروڠ

Definisi : 1. saluran yg berbentuk kelongsong dan bermuncung di hujungnya utk menuang air (minyak dll) supaya jangan tumpah; 2. = ~ bicara (suara) alat yg berbentuk kelong­song utk menguatkan suara; 3. = ~ asap salur tempat asap keluar, cerobong, serombong; 4. = ~ lampu salur kaca utk melindungi nyala lampu, cimni lampu; 5. teropong (utk melihat jauh); 6. alat penguat suara, mikrofon; ~ Baermann (Bio) radas yg digunakan utk mengasingkan organisma kecil drpd suatu sampel (biasanya tanah); ~ dengar alat utk mendengar yg dipakai oleh orang yg agak pekak; ~ radio alat yg menangkap suara utk disiarkan melalui radio; ~ telefon gagang telefon; mencorong 1. bersinar dgn terangnya (bkn lampu, matahari, dll); 2. menyuluhi (mene­rangi) dgn lampu corong; mencorongkan 1. menyinarkan, menerang­kan; 2. memancarkan (cahaya, suara, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[co.rong] | چوروڠ

Definisi : 1 alat yg mulutnya berbentuk spt kelongsong dan diberi berpaip pd bahagian bawahnya (digunakan ketika menuang sesuatu supaya tidak tumpah). 2 = ~ asap paip utk menyalurkan asap keluar; serombong. 3 = ~ lampu pembuluh kaca utk melindungi nyala api; cemeni lampu. 4 = ~ suara alat utk menguatkan suara. ~ Baermann ist alat utk mengeluarkan atau mengasingkan organisma kecil dr suatu sampel tanah. ~ dengar alat utk mendengar (bagi orang pekak). ~ radio alat penangkap suara utk disiarkan. ~ telefon corong pd telefon tempat mendengar dan tempat berkata-kata; gagang telefon. ~ turas corong yg dibuat drpd kaca dan digunakan di makmal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[co.rong] | چوروڠ

Definisi : ; lampu ~ lampu yg dpt memancarkan cahayanya jauh-jauh. mencorong 1 bercahaya terang (ttg bulan, matahari dsb). 2 menyuluh dgn lampu corong. mencorongkan memancarkan cahaya (suara, sinar dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata corong


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CORONG PELEDAK UMUM 
LABAH-LABAH JEJARING CORONG UMUM 
RÍO DE LA PLATA

Río de la Plata ialah sebuah muara atau teluk

yang berbentuk corong, yang dibentuk oleh

Sungai Paraná dan Sungai Uruguay, di pinggir laut

tenggara Amerika Selatan. Teluk ini mengunjur ke

barat laut dari Lautan Atlantik, sepanjang lebih

kurang 270 kilometer. Air dalam jumlah yang

banyak mengalir ke teluk, dari Sungai Paraná dan

Sungai Uruguay, dan terjadilah arus yang deras.

Banyak tempat yang cetek membahayakan bot

yang belayar di sepanjang sungai. Pelabuhan

semula jadi Montevideo, di Uruguay, terletak

berhampiran muara teluk itu yang lebarnya 225

kilometer. Teluk di bahagian Argentina, iaitu di

Buenos Aires dan La Plata, limbungan kapal yang

besar telah dibina dan terusan yang dalam telah

dikorek.

UMUM 
MESIN PENYEMAI

Mesin penyemai yang juga dikenali sebagai

pembenih, ialah mesin yang ditarik oleh traktor

untuk meletakkan biji-bijian kecil dan biji rumput di

dalam tanah. Mesin ini menanam biji pada

kedalaman yang sama dalam baris yang sempit kira-kira

15 hingga 20 sentimeter jaraknya. Mekanismenya

terdiri daripada pembuka tajak, corong tuang, alat

penyumbat biji dan roda tekan atau rantai pendek.

Tajak menggali batas (baris berbajak) pada tanah.

Corong tuang ialah kotak panjang, sempit yang

mengandungi biji yang hendak disemai. Alat

penyumbat biji dilekatkan pada bahagian dasar

corong tuang. Ia memasukkan amaun biji yang

disukat melalui tiub ke dalam batas. Rantai atau roda

tekan kemudiannya menimbus biji dengan tanah.

UMUM 
PETUNIA

Petunia adalah mana-mana satu daripada

sekumpulan herba yang terutamanya berasal dari

Argentina dan Brazil. Ia ditanam dengan meluas

di negara-negara lain sebagai bunga taman

tahunan. Tumbuhan petunia diliputi bulu halus.

Pekebun menghargai petunia kerana bunganya

yang cantik berbentuk corong, besar, lembut dan

licin seperti baldu. Sesetengah jenis mempunyai

satu siri kelopak dan jenis yang lain mempunyai

dua siri kelopak.

UMUM 
SERI PAGI

Seri pagi ialah nama famili yang terdiri daripada

terutamanya tumbuhan memanjat. Anggota

famili ini tumbuh di seluruh kawasan tropika dan

sederhana di dunia. Seri pagi taman adalah

antara tumbuhan yang terkenal dalam famili ini. Yang

lain ialah bindweed, bunga bulan, scammony dan

keledek. Seri pagi tumbuh cepat dan meliliti objek

yang berhampiran. Ia tumbuh menjalar dari tiga

hingga enam meter tingginya. Ia banyak digunakan

untuk menutupi tiang, pagar dan anjung. Seri pagi

taman mempunyai daun hijau tua, berbentuk seperti

hati. Bunganya berbentuk seperti corong dan

mempunyai pelbagai warna dan campuran warna

ungu, biru, merah, samar dan putih. Bunganya yang

harum kembang pada waktu pagi dan kuncup dalam

cahaya matahari pada waktu petang. Bijinya boleh

direndam dalam air semalaman untuk melembutkan

selaput bijinya dan memudahkannya bercambah.

Jenis seri pagi Jepun mempunyai bunga 18

sentimeter diameternya. Bunganya berwarna

bercampur-campur warna samar dan ungu.

UMUM 

Kembali ke atas