Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. (UK) local authority, (of a town) majlis perbandaran; (of borough, county, district) majlis daerah; (with modifier) majlis: the ~ threatened to pull down the squatter huts that had sprouted out on the outskirts of the city, majlis perbandaran mengugut akan merobohkan rumah-rumah setinggan yg tumbuh bagai cendawan di pinggir bandar; are you still on the ~, adakah kamu masih menjadi ahli Majlis Perbandaran; ~ flat, rumah pangsa majlis perbandaran; town ~, majlis perbandaran; local ~, majlis tempatan; city ~, dewan bandar raya; 2. group of people elected or appointed to make decisions, rules, etc, majlis: the UN Security C~, Majlis Keselamatan PBB; student ~, majlis pelajar: a ~ of elders, majlis orang tua-tua. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata council


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
COUNCIL OF BLOOD UMUM 
ORDER IN COUNCIL

Order in Council. Dekri yang dikeluarkan oleh

kerajaan British apabila perkara yang amat penting

melanda negara dikenali sebagai Order in Council.

Ia mendapat nama tersebut kerana ia diisytiharkan

atas nasihat Majlis Privi. Pada tahun 1807, Great

Britain mengeluarkan Order in Council sebagai

jawapan kepada ancaman Napoleon untuk

menyekat empayar kepulauan. Dengan order ini,

kapal-kapal British menyekat pantai Eropah dan

menahan kapal perdagangan yang berkecuali

daripada memasuki pelabuhan Eropah yang

terletak di bawah kekuasaan Napoleon.

Lihat juga Majlis Privi.

UMUM 
INTERNATIONAL COUNCIL OF SCIENTIFIC UNIONS (ICSU) UMUM 
INTERNATIONAL COUNCIL FOR BIRD PRESERVATION (ICBP) UMUM 
ASSEMBLIES OF GOD

Assemblies of God ialah mazhab agama

Pentekosta yang terbesar di dunia. Nama

rasminya ialah The General Council of the

Assemblies of God. Gereja ini berkembang

daripada gerakan pemulihan agama Kristian

pada awal tahun 1900-an dan ditubuhkan di

Arkansas, Amerika Syarikat pada tahun 1914.

Anggotanya berjumlah kira-kira dua juta orang.

UMUM 
ABERCONWY DAN COLWYN

Aberconwy and Colwyn ialah daerah kerajaan

tempatan yang ditubuhkan pada tahun 1996 di pantai

utara Wales. Tidak lama selepas penubuhannya,

Aberconwy and Colwyn dinamakan semula Conwy

Country Borough Council. Lembah Sungai Conway

mengalir melalui daerah ini hingga ke bandar

bersejarah Conwy.

UMUM 
MAJLIS PEMULIHARAAN ALAM

Majlis Pemuliharaan Alam ialah badan yang

dilantik oleh kerajaan untuk bertanggungjawab

terhadap semua aspek pemuliharaan alam di

United Kingdom. Pada tahun 1990, badan ini

dibubarkan menjadi tiga organisasi yang berbeza.

Organisasi itu ialah Countryside Council for

Wales, English Nature, dan Scottish Heritage.

Jawatankuasa Gabungan Pemuliharaan Alam

menyelaraskan kegiatan ketiga-tiga organisasi

wilayah ini. Di bawah Akta Kawalan Alam Sekitar

tahun 1990, kumpulan ini menandakan simpanan

alam negara, menentukan tempat-tempat yang

mempunyai kepentingan saintifik, dan

bertanggungjawab kepada penentuan simpanan

alam laut.

UMUM 
SANTA FE TRAIL

Santa Fe Trail ialah salah satu jalan komersial

yang paling panjang di Amerika Syarikat dalam

era prakereta api. Jalan ini bermula di

Independence, Missouri dan berakhir di Santa Fe,

New Mexico, sejauh 1260 kilometer. Karavan

pedagang bergerak ke Council Grove, Kansas dan

terus ke Sungai Arkansas berhampiran Cimarron,

Kansas. Di sana jalan itu berpecah. Satu cabang

menuju ke Sungai Arkansas hingga ke Bent’s Fort

(berhampiran La Junta, Colorado), kemudian

berbelok ke barat daya menyeberangi Segenting

Raton ke hulu Sungai Kanada di New Mexico. Satu

lagi cabang yang dikenali sebagai Cimarron

Crossing, merentasi dataran yang luas dan kering.

Pengembara mengangkut barangan mereka

menggunakan kuda dan kemudian menggunakan

wagon. Santa Fe Trail dibuka pada tahun 1821.

UMUM 
THUMBOO, EDWIN

Thumboo, Edwin (1933– ), penulis, pengkritik,

dan ahli akademik Singapura, menjadi profesor

bahasa Inggeris di National University of

Singapore pada tahun 1979. Dia terkenal kerana

puisinya. Koleksi puisinya berjudul Gods Can Die

(1977) menerima anugerah puisi Singapore

National Book Development Council pada tahun

1978. Pada tahun 1979, dia dianugerahkan

Southeast Asia Writer’s Award untuk puisi. Pada

tahun 1987, dia menerima Association of Southeast

Asian Nations (ASEAN) Award untuk pencapaian

terbaiknya dalam kesusasteraan. Antologinya yang

telah diterbitkan termasuklah The Flowering Tree

(1970), Seven Poets (1973), The Second Tongue

(1976), Rub of Earth (1956) dan Ulysses by the

Merlion (1979).

Edwin Thumboo lahir di Singapura. Dia

mendapat pendidikannya di Victoria School dan

University of Malaya di Singapura.

UMUM 
SUKAN PARALIMPIKMerupakan sukan terbesar yang melibatkan penyertaan atlet kurang upaya dengan pelbagai acara yang dipertandingkan. Ia diadakan di tempat dan tahun yang sama berlangsungnya Sukan Olimpik. Sukan ini pertama kali dianjurkan pada tahun 1948 oleh Sir Ludwig Guttman dan ia dikenali sebagai Stroke Mandeville Games. Sukan ini pada awalnya dinamai demikian kerana ia disertai oleh veteran Perang Dunia Kedua yang mengalami kecederaan pada tulang belakang. Badan antarabangsa yang mengawal selia sukan ini ialah International Paralympic Committee (IPC). Di Malaysia‚ ia dipertanggungjawabkan kepada Majlis Paralimpik Malaysia (Malaysian Paraliympic Council )SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
12

Kembali ke atas