Resusitasi kardiopulmonari (CPR-Cardiopulmonary Resuscitation) ialah prosedur pertolongan cemas yang digunakan untuk memulihkan pernafasan dan pengaliran darah seseorang. CPR biasanya diberi kepada mangsa serangan jantung yang teruk atau mangsa kemalangan yang serius. Untuk membolehkan mangsa terus hidup, penyelamat mesti memulakan CPR dalam masa empat minit selepas pernafasan dan denyutan jantung mangsa terhenti. Hanya mereka yang betul-betul terlatih melaksanakan CPR patut melakukan prosedur ini. |