[cuai] | چواي
Definisi : 1. tidak hati-hati dlm membuat sesuatu, lalai, abai: orang yg menjaganya ~, sebab itu budak-budak itu jahat belaka; 2. tidak penting, tidak mustahak, tidak berharga; mencuaikan 1. mengabaikan, melalaikan, tidak mengendahkan (tugas, pekerjaan, dll): rumah tangga yg dicuaikan kerana berkhidmat kpd tanah air; 2. menganggap tidak penting (tidak berharga, rendah, dll); kecuaian perihal cuai, kelalaian: nahas itu berlaku kerana ~ pemandu lori itu; pencuaian perihal mencuaikan, pelalaian: ~ perintah itu boleh menimbulkan masalah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[cuai] | چواي
Definisi : 1 tidak hati-hati membuat sesuatu; kurang peduli terhadap sesuatu; lalai: Jangan ~ belajar. 2 tidak penting; tidak berharga. mencuaikan 1 tidak mengendahkan (pekerjaan, tugas dll); melalaikan; mengabaikan. 2 menganggap tidak penting. kecuaian sifat atau keadaan cuai; kelalaian: Kemalangan itu terjadi kerana ~ pemandu lori tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)