SANTIAGO DE CUBA | Santiago de Cuba (pend. 345 772) terletak di kaki banjaran Sierra Maestra di pinggir laut tenggara Cuba. Jauhnya 740 kilometer di tenggara Havana. Untuk lokasi, lihat Cuba (peta politik). Santiago ialah pusat industri perlombongan Cuba. Ia juga pusat penghantaran besi, mangan, gula, kopi dan tembakau. Kota Morro, salah sebuah mercu tandanya, didirikan untuk mempertahankan pelabuhannya daripada serangan lanun British, dan Perancis. Pada tahun 1898, semasa Perang Sepanyol-Amerika, angkatan laut Amerika Syarikat telah memusnahkan sebahagian besar angkatan laut Sepanyol berhampiran pelabuhan Santiago. | UMUM | |
CUBA | | UMUM | |
SKOLASTISISME | Skolastisisme ialah sistem falsafah yang menekankan penggunaan taakulan dalam menerokai persoalan falsafah dan teologi. Kumpulan sarjana khususnya cuba membuktikan kebenaran doktrin Kristian. Mereka juga cuba menyelesaikan pendapat yang bertentangan dalam teologi Kristian. Skolastisisme mempunyai pengaruh yang amat kuat dari tahun 1000-an hingga tahun 1400-an, terutama pada tahun 1200- an. Kebanyakan para ilmuwan mengajar di sekolah dan di universiti di barat Eropah. | UMUM | |
SOSIOBIOLOGI | Sosiobiologi ialah kajian tentang biologi yang merupakan asas bagi tingkah laku sosial manusia dan haiwan lain. Ahli sosiobiologi cuba memastikan fungsi pelbagai jenis tingkah laku dalam kehidupan haiwan. Mereka juga cuba menemukan bagaimana keganasan, komunikasi, dan jenis tingkah laku sosial lain itu berasal dan berubah dari satu generasi ke satu generasi. | UMUM | |
NARVÁEZ, PÁNFILO DE | Narváez, Pánfilo de (1478?–1528) ialah tentera Sepanyol, penjelajah dan penentang Orang Asli Amerika. Dia membantu menawan Cuba pada tahun 1511, dan kehilangan sebelah matanya ketika cuba menangkap Hernando Cortes di Mexico pada tahun 1521. Maharaja Rom Holy, Charles V, menganugerahinya sebidang tanah yang masih belum diterokai di Florida pada tahun 1526, dan dia mengetuai ekspedisi ke sana pada tahun 1528. | UMUM | |
PERGERAKAN DUA PULUH ENAM JULAI | Pergerakan dua puluh enam Julai ialah sebuah kumpulan revolusi Cuba yang diketuai oleh Fidel Castro yang menggulingkan diktator Fulgencio Batista pada tahun 1959. Ia diberi nama sempena tarikh pada tahun 1953 apabila Castro gagal menawan berek askar di Santiago de Cuba. | UMUM | |
ASAL USUL PETROLEUM | Teori yang cuba menerangkan tentang pembentukan petroleum di dalam kerak bumi. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
PRAGMATISME | Pragmatisme ialah falsafah yang cuba menerapkan kaedah sains pada falsafah. Idea utamanya adalah makna dan kebenaran sesuatu idea ditentukan oleh kesan idea tersebut dalam amalan dan terhadap kelakuan. | UMUM | |
KETERANGAN | Keterangan ialah maklumat yang cuba membuktikan atau menidakkan fakta yang dipersoalkan. Keterangan boleh mengandungi dokumen, rekod awam, atau testimoni saksi. Keterangan juga boleh berupa objek, seperti senjata pembunuhan yang kewujudannya atau kehadirannya dapat memberikan maklumat tentang fakta yang menjadi persoalan. | UMUM | |
PUISI SIMFONI | Puisi simfoni ialah komposisi orkestra yang cuba menggambarkan idea bukan muzik dalam muzik. Penggubah mengasaskan puisi simfoni pada puisi, lakonan, cerita, episod dari sejarah, pemandangan alam, lukisan dan kenyataan falsafah. Puisi simfoni berkembang daripada overtur konsert . Seperti overtur konsert, kebanyakan puisi simfoni terdiri daripada satu babak (bahagian). Tetapi sesetengahnya ditulis dengan lebih bebas dan lebih panjang. | UMUM | |