Tillich, Paul (1886–1965) ialah ahli teologi kelahiran Jerman yang terkenal. Tillich ialah pelajar kebudayaan yang pintar. Dalam bukunya Theology of Culture (1959), dia menganalisis bentuk kebudayaan dengan memaparkan dimensi keagamaan yang terdapat dalam semua kegiatan kebudayaan. Tillich mengetengahkan teori simbol dan mitos keagamaan yang dibincangkannya dalam Dynamics of Faith (1957). Maha karyanya yang terbaik ialah Systematic Theology (1951, 1959, 1963) yang diterbitkan dalam tiga jilid. Dalam buku ini, Tillich mentafsirkan maksud Tuhan dan Jesus Christ yang berhubung kait dengan persoalan falsafah tentang kehidupan dan pemikiran moden. |