Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cu.ma] | چوما

Definisi : hanya, melainkan, semata-mata: mereka datang ~ dgn tulang delapan kerat saja; aku tidak berkata apa-apa ~ menggangguk saja; cuma-cuma, percuma 1. tidak ada faedah­nya (gunanya, manfaatnya), sia-sia: ~ emak berkata begitu; bukan main marahnya apabila mendapati tindakannya percuma belaka; 2. tidak dikenakan bayaran, tidak perlu membayar: kelas yg dianjurkan oleh kesatuan itu dibuka dgn ~; bercuma ark sia-sia, tidak ada faedah; mempercumakan 1. mensia-siakan, meng­anggap tidak penting (berguna), membuang­-buang (masa dll); 2. memberikan sesuatu dgn percuma. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ma] | چوما

Definisi : ; ~ padang sj tumbuhan (pokok), remang panas, Breynia coronata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cu.ma] | چوما

Definisi : tidak lain drpd; melainkan; hanya: Dia tidak belajar, ~ bermain saja. cuma-cuma, percuma 1 tidak ada gunanya, sia-sia: Kalau begitu, ~ saja saya datang ke mari. 2 tidak dikenakan bayaran: Ubat-ubatan diberikan kpd mereka dgn ~. mempercumakan 1 menganggap tidak penting; membuang-buang (waktu dll). 2 memberikan dgn percuma. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuma

Puisi
 

Pokok kelapa bercabang tiga,
     Dikerat orang memakai gergaji;
Saya cuma hendak menduga,
     Sejauh mana sumpah dan janji.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Laksana lembu dogol (= dungkul),
     tak boleh ditanduk hanya (= cuma) disondol.

Bermaksud :

Orang yang suka menggertak (mengancam) tetapi tidak berbahaya. dogol = tidak bertanduk.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENGGANTUNG TANPA PERBICARAAN

Menggantung tanpa perbicaraan lazimnya

bermakna pembunuhan yang umumnya dilakukan

oleh perusuh dengan menggantung seseorang

tanpa menghiraukan undang-undang dan

peraturan. Mangsa penggantungan tanpa

perbicaraan tidak ada peluang bagi

mempertahankan diri mereka. Perusuh cuma

menganggap mangsanya bersalah, sama ada

dibicarakan atau tidak. Walaupun rusuhan ganas

sedemikian pernah berlaku di beberapa negara

pada berlainan masa, namun begitu, istilah

menggantung tanpa perbicaraan secara khusus

dikaitkan dengan Amerika Syarikat. Kebanyakan

negeri di Amerika Syarikat cuba menghentikan

perbuatan menggantung tanpa perbicaraan

melalui undang-undang. Sesetengah negeri

menjalankan dakwaan mengikut undang-undang

menentang homisid, rusuhan dan serangan.

Negeri-negeri yang lainnya mempunyai undang-undang

menggantung tanpa perbicaraan yang

khusus. Namun begitu, pengawalan melalui

undang-undang tidak berjaya mencegah

menggantung tanpa perbicaraan.

UMUM 
TARTARY

Tartary, pada masa dahulu ialah nama bagi

sebuah wilayah yang sangat besar di Eropah dan

Asia yang didiami oleh puak Tartar. Wilayah ini

terletak di luar Tembok Besar China merangkumi

bahagian utara China, Mongolia, Xinjiang, dan

bahagian selatan Rusia. Kini, nama Tartary

selalunya digunakan cuma pada kawasan yang

dikenal sebagai Xinjiang atau Turkestan China dan

juga sebahagian besar bahagian barat Mongolia.

UMUM 
NASH, JAMES

Nash, James (1834–1913) ialah pencari gali yang

menemui kawasan emas di Gympie, Queensland,

Australia pada tahun 1867. Laporannya tentang

penemuan emas memulakan salah satu daripada

kerubut emas yang terkenal dalam sejarah

Queensland . Terumbu yang dijumpai oleh Nash

menghasilkan emas bernilai berjuta-juta dolar

Australia. Tetapi Nash cuma menerima sedikit

ganjaran hasil penemuannya itu. Dia juga berjaya

mendapat sedikit wang hasil daripada emas yang

dituntutnya tetapi mengalami kerugian kemudian

apabila dia membuka sebuah kedai. Pada tahun

1888, kerajaan Queensland memberinya kerja

sebagai penjaga serbuk magazin di Gympie.

Sebuah pancutan air peringatan daripada tujuh

tan metrik batu granit didirikan sempena

menghormatinya di Taman Gympie.

Nash lahir di Wiltshire, England. Dia berhijrah

ke Australia pada tahun 1857.

UMUM 
SOFBOL

Sofbol ialah permainan yang popular yang

dimainkan oleh lebih daripada 30 juta orang di

seluruh dunia. Sofbol hampir sama dengan besbol,

tetapi peraturan bagi kedua-dua sukan itu berbeza

dalam beberapa aspek. Pembalingan untuk sofbol

mestilah dibuat secara underhand (bawah), dan

pelari garisan belakang mesti menanti di garisan

belakang sehingga pembaling melepaskan bola.

Sofbol hanya memerlukan ruang dan peralatan

yang sedikit, dan setiap perlawanan kawalan cuma

memerlukan tujuh ining dan tidak sembilan seperti

besbol.

UMUM 

Kembali ke atas