OAK RACUN | s> Oak racun ialah sejenis tumbuhan yang berkaitan dengan ivy racun dan sumach racun. Ia tumbuh rimbun atau menjalar. Seperti ivy racun, oak racun mempunyai daun yang terdiri daripada tiga anak daun. Setiap anak daun mempunyai beberapa cuping dan menyerupai daun oak putih. Anak daun ivy racun tidak mempunyai cuping. | UMUM | |
TIMUN | Timun atau mentimun ialah sayur kebun biasa yang berasal dari selatan Asia, tetapi ditanam sebagai tumbuhan tahunan di banyak bahagian di dunia. Timun mempunyai batang menjalar yang berbulu yang mempunyai banyak sulur paut. Daunnya yang berbentuk segi tiga mungkin mempunyai cuping berbucu tiga. | UMUM | |
PUDING | Puding ialah sekumpulan pokok renek tropika, malar hijau yang tergolong dalam famili spurg e. Terdapat kira-kira 15 spesies. Puding berasal dari Asia Tenggara dan Pasifik. Ia ditanam kerana daunnya yang berwarna-warni. Daunnya sepanjang 10 sentimeter hingga 15 sentimeter, berbentuk tombak, atau terbahagi menjadi cuping. Ia mungkin berbintik-bintik, bercarik-carik atau berbelang-belang berwarna kuning, putih, hijau, samar, dan merah. Corak daunnya berbeza-beza daripada satu daun kepada daun lain pada pokok yang sama. | UMUM | |
SUBANG | SUBANG, perhiasan telinga yang lazimnya dipakai oleh golongan wanita. Subang diperbuat daripada pelbagai bahan dan dipakai di kedua-dua belah cuping telinga. Di kalangan masyarakat Melayu, subang juga disebut sebagai anting-anting, gelinya dan kerabu sunting. Subang merupakan salah satu perhiasan yang dipakai sejak zaman primitif. Sehingga kini, masih terdapat kaum lelaki suku kaum etnik di merata dunia memakai subang. | BUDAYA | Pakaian |