Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.bus] | دابوس

Definisi : = permainan ~ = pertunjukan ~ per­tun­jukan kekebalan dgn mencuba melukai diri; anak ~ orang yg mengambil bahagian dlm permainan dabus; besi ~ = mata ~ sj besi tajam utk melukai atau menusuk diri (dlm per­mainan dabus); khalifah ~ pemimpin per­mainan dabus; ~ rantai rantai besi yg merah pijar warnanya dan dipakai dlm permainan dabus; berdabus memperlihatkan permainan dabus, mempertunjukkan kekebalan: pendekar leka bersilat, khalifah leka ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dabus


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TARIAN DABUS

TARIAN DABUS, tarian tradisional negeri Perak. Tarian yang berunsur keagamaan ini berasal dari negeri Arab. Ia dipercayai diperkenalkan oleh pengikut Sayidina Ali (kaum Syiah), untuk menakutkan pihak musuh. Para penarinya menggunakan dabus (senjata tajam) untuk memperlihatkan kehandalan dan kepahlawanan. Sehubungan dengan itu, unsur-unsur ilmu pertapaan dan mistik tidak dapat dielakkan dalam tarian ini dalam usaha untuk menonjolkan kekebalan diri. Mereka tidak berasa sakit walaupun dicucuk atau ditusuk dengan senjata yang tajam.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas