DAGING BABI | Daging babi ialah daging daripada babi. Di seluruh dunia daging babi lebih banyak dimakan daripada daging-daging lain. | UMUM | |
DAGING | Daging ialah isi haiwan yang dijadikan makanan. Daging sebahagian besarnya terdiri daripada otot, tetapi lemak dan tisu-tisu lain juga boleh dianggap sebagai daging. Daging yang paling biasa dimakan di negara industri diperoleh daripada haiwan yang diternak untuk makanan. Haiwan ini – dan daging yang diperoleh daripadanya – ialah lembu, babi, biri-biri, ayam itik dan ayam belanda. Daging haiwan buruan juga kerap dimakan. Di samping itu, ikan juga adalah antara haiwan yang menghasilkan daging. | UMUM | |
DAGING LEMBU | Daging lembu ialah daging yang diperoleh daripada lembu matang. Ia ialah satu daripada makanan utama bagi manusia di banyak negara. | UMUM | |
VEGETARIANISME | Vegetarianisme merupakan suatu amalan diet yang menghindari daging seperti daging lembu, khinzir, ayam, dan ikan dan mungkin juga termasuk produk daripada haiwan tersebut seperti gelatin, susu dan hasilan tenusu (keju, mentega), telur, madu dan sebagainya. | PEMAKANAN | Proses/Tindak Balas |
EKSTRAK DAGING | Ekstrak daging ialah pes berperisa daging pekat. Tukang masak sering memperisa sup dan sos dengan ekstrak daging. Pembuat makanan menggunakan ekstrak lembu atau ekstrak ayam untuk membuat kiub rebusan. | UMUM | |
DAGING BIRI-BIRI | Daging biri-biri ialah daging yang didapati daripada biri-biri yang berumur lebih daripada setahun dan kebanyakannya, beratnya lebih daripada 45 kilogram. | UMUM | |
DAGING BIRI-BIRI MUDA | Daging biri-biri muda ialah daging yang diperoleh daripada biri-biri yang berumur kurang daripada satu tahun. | UMUM | |
DAGING LEMBU MUDA | Daging lembu muda ialah makanan yang mahal harganya dan terdapat di beberapa buah negara Eropah. Daging ini mahal kerana ia lembut dan cerah warnanya. | UMUM | |
SOSEJ | Sosej ialah makanan yang dibuat daripada daging cincang dan dibubuh perasa. Daging yang digunakan untuk membuat sosej termasuk daging lembu, haiwan buruan, babi, ayam itik, anak lembu, dan di sesetengah negara – ikan. Sosej dibubuh perasa herba dan rempah-ratus, di samping garam, lada, lada hitam, sage, bawang, gula, dan halia. Kebanyakan sosej mengandungi sesetengah jenis bijirin, yang berfungsi sebagai pengikat, dan sedikit pengawet yang dinamakan nitrit. Nitrit memberi warna kepada sosej dan membantu mencegah pertumbuhan bakteria yang menyebabkan sejenis keracunan makanan yang dinamakan botulism. Orang Eropah kadangkala menambah gin atau wain merah kepada sosej untuk memberikannya rasa yang istimewa. | UMUM | |
PEMPROSESAN DAGING | | UMUM | |