DAGING | Daging ialah isi haiwan yang dijadikan makanan. Daging sebahagian besarnya terdiri daripada otot, tetapi lemak dan tisu-tisu lain juga boleh dianggap sebagai daging. Daging yang paling biasa dimakan di negara industri diperoleh daripada haiwan yang diternak untuk makanan. Haiwan ini – dan daging yang diperoleh daripadanya – ialah lembu, babi, biri-biri, ayam itik dan ayam belanda. Daging haiwan buruan juga kerap dimakan. Di samping itu, ikan juga adalah antara haiwan yang menghasilkan daging. | UMUM | |
SATE | SATE, makanan tradisional yang diperbuat daripada daging, ayam atau perut lembu yang dipotong kecil-kecil, dicucuk ke lidi dan dipanggang. Sate dimakan dengan kuah yang dimasak daripada kacang tanah bercampur cili, rempah-rempah, gula dan asam. | BUDAYA | Makanan |
AYAM ITIK | Ayam itik ialah haiwan yang dipelihara bagi mendapatkan daging dan telur untuk dijadikan makanan. Ayam dan ayam belanda merupakan jenis ternakan yang paling banyak dipelihara. Ternakan lain yang penting termasuklah itik, angsa, ayam mutiara dan ayam denak. Sesetengah jenis ternakan ini sangat berharga di negara-negara tertentu. Contohnya, ayam mutiara dan itik nila adalah ternakan penting di Perancis, manakala petani di bahagian timur Eropah pula memelihara banyak angsa. | UMUM | |
VEGETARIANISME | Vegetarianisme merupakan suatu amalan diet yang menghindari daging seperti daging lembu, khinzir, ayam, dan ikan dan mungkin juga termasuk produk daripada haiwan tersebut seperti gelatin, susu dan hasilan tenusu (keju, mentega), telur, madu dan sebagainya. | PEMAKANAN | Proses/Tindak Balas |
AYAM | Ayam ialah burung yang dipelihara untuk daging dan telurnya. Mungkin terdapat lebih banyak ayam daripada mana-mana jenis burung lain. Ayam hidup di seluruh dunia. | UMUM | |
EKSTRAK DAGING | Ekstrak daging ialah pes berperisa daging pekat. Tukang masak sering memperisa sup dan sos dengan ekstrak daging. Pembuat makanan menggunakan ekstrak lembu atau ekstrak ayam untuk membuat kiub rebusan. | UMUM | |
SOSEJ | Sosej ialah makanan yang dibuat daripada daging cincang dan dibubuh perasa. Daging yang digunakan untuk membuat sosej termasuk daging lembu, haiwan buruan, babi, ayam itik, anak lembu, dan di sesetengah negara – ikan. Sosej dibubuh perasa herba dan rempah-ratus, di samping garam, lada, lada hitam, sage, bawang, gula, dan halia. Kebanyakan sosej mengandungi sesetengah jenis bijirin, yang berfungsi sebagai pengikat, dan sedikit pengawet yang dinamakan nitrit. Nitrit memberi warna kepada sosej dan membantu mencegah pertumbuhan bakteria yang menyebabkan sejenis keracunan makanan yang dinamakan botulism. Orang Eropah kadangkala menambah gin atau wain merah kepada sosej untuk memberikannya rasa yang istimewa. | UMUM | |