MUKA | Muka ialah bahagian depan kepala seseorang. Ia terdiri daripada dahi, mata, hidung, mulut, pipi, dan dagu. Muka dilitupi otot dan kulit. Mata dilindungi daripada silauan dan habuk oleh kelopak mata, bulu mata, dan bulu kening. Hujung hidung terdiri daripada rawan dan kulit, yang bertindak sebagai kusyen yang anjal. Saluran hidung diliputi bulu halus yang menyaring habuk dan kotoran dalam udara daripada masuk ke dalam hidung. Mulut termasuk bibir, gigi, lidah, dan lelangit, dilapisi membran mukus. Rahang bawah adalah satu-satunya bahagian tulang pada muka yang bergerak. | UMUM | |
MINERVA | Minerva ialah seorang dewi yang paling penting dalam mitologi Rom purba. Dia merupakan anak kesayangan Jupiter, raja segala dewa. Sebuah mitos menceritakan tentang Minerva yang dilahirkan daripada dahi Jupiter dalam keadaan sudah membesar sepenuhnya dan lengkap berperisai. Minerva menyerupai dewi Yunani yang bernama Athena dan merupakan seorang dara sepertinya. | UMUM | |
SETTER IRELAND | Setter Ireland atau yang sering dikenali sebagai setter merah, ialah anjing yang menarik, yang bulunya berwarna merah keperangan. Bulunya berwarna merah atau merah dengan tanda-tanda putih pada dahi, dada dan kaki. Setter Ireland merah ialah setter yang biasa didapati. Di sesetengah negara, setter berbulu merah lebih disukai untuk pertunjukan anjing. Di Ireland, tempat asal baka setter Ireland, tiada warna kegemaran untuk pertunjukan anjing. | UMUM | |
REDSTART | Redstart ialah burung hutan jarang di Eropah dan Afrika Utara. Burung ini membesar sehingga lebih kurang 14 sentimeter panjangnya. Burung jantan mempunyai ekor dan dada berwarna perang kemerah-merahan, topeng muka hitam, dan dahi putih. Burung betina berwarna perang di sebelah atas, manakala bahagian bawahnya pucat tetapi warna ekornya sama seperti yang jantan. | UMUM | |
PETAM | PETAM, perhiasan diri berbentuk separuh bulat dan melentik di kiri kanannya yang dipakai di dahi seorang wanita sebagai penyeri muka. Di Kelantan, petam disebut sebagai pemeles atau gendik. Petam biasanya dipakai untuk persembahan oleh pelakon menora, makyung atau penari gamelan dan asyik sebagai hiasan tambahan selain daripada cocok sanggul. | BUDAYA | Alat/Alatan |