Takwim Hijrah ialah kalendar yang berdasarkan
bulan qamari dan disebut juga takwim atau
kalendar Islam. Orang Arab sebelum Islam
menggunakan tahun qamariyah sejak zaman
dahulu kala. Tetapi bukanlah semua orang Arab di
seluruh Semenanjung Arab itu sama dalam cara
menggunakan kalendar mengukur waktu dan
sejarah yang berlaku di kalangan mereka. Begitu
juga panduan dan cara mencatat sejarah yang
mereka gunakan adalah sentiasa berbeza dan
berubah-ubah.
ALAT TULIS MELAYU TRADISIONAL, alat tulis yang dibuat oleh masyarakat Melayu yang telah mengenal tulisan serta tahu membaca dan menulis sejak zaman dahulu kala lagi.
MELAYU SINGAPURA, sebahagian daripada rumpun Melayu Nusantara yang mendiami Pulau Singapura sejak dahulu kala, serta mereka daripada pelbagai suku kaum Melayu yang berhijrah ke sana dari pelbagai tempat di Alam Melayu selepas British mengambil alih Singapura daripada kerajaan Johor-Riau pada tahun 1819. Hari ini, orang Melayu Singapura adalah golongan minoriti.
DUNGUN, sebuah daerah di Terengganu, yang terletak di timur laut Semenanjung Malaysia. Luasnya 2735 km persegi dan mempunyai lebih kurang 85 000 orang penduduk. Pusat pentadbirannya di Kuala Dungun. Mengikut sejarah, pada tahun 1365, negeri Terengganu termasuk daerah Dungun terletak di bawah takluk kerajaan Majapahit. Sebagai daerah pesisir Laut China Selatan, Dungun terkenal di kalangan pedagang asing semenjak dahulu kala lagi terutama dari China dan seluruh Nusantara.
Thanks for clicking. That felt good.