Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.il] | داءيل

Definisi : cakera pd telefon yg ditandai dgn nombor yg diputar sewaktu menghubungi seseorang; mendail memutar dail atau menekan butang bernombor pd telefon sewaktu hendak meng­hubungi seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.il] | داءيل

Definisi : alat yg mempunyai tanda atau angka-angka ukuran yg digunakan utk menyukat kelajuan, suhu dll. mendail memusingkan nombor telefon (ketika hendak membuat panggilan): Lelaki itu ~ nombor 994 ketika dlm kecemasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dail


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEMOKRAT PROGRESIF

Demokrat Progresif ialah parti politik yang

ketiga terbesar di Republik Ireland. Parti ini

ditubuhkan pada bulan Disember 1985 oleh dua

orang anggota Dáil Éireann (parlimen Ireland),

Desmond O’Malley dan Mary Harney.

UMUM 
O'BRIEN, CONOR CRUISE

O’Brien, Conor Cruise (1917– ) ialah

diplomat dan penulis Ireland, menjadi ahli Seanad

Eireann pada tahun 1977 tetapi meletak jawatan

pada bulan Jun 1979. Dia pernah menjadi ahli

Buruh Dáil Éireann dari tahun 1969 hingga tahun

1977, dan berkhidmat sebagai Menteri Pos dan

Telegraf dari tahun 1973 hingga tahun 1977.

UMUM 
O' KELLY, SEAN THOMAS

O’ Kelly, Sean Thomas (1882–1966) ialah

pahlawan dan negarawan Ireland yang menjadi

presiden Republik Ireland dari tahun 1945 hingga

tahun 1959. O’ Kelly lahir di Dublin. Dia

merupakan pelopor gerakan Sinn Fein awal tahun

1900-an dan anggota Liga Gaelik. Dia berjuang

dalam Pemberontakan Easter pada tahun 1916.

Selepas pemberontakan tersebut dia

dipenjarakan, tetapi kemudian dipilih

menganggotai dáil (Parlimen) yang pertama pada

tahun 1918. Dari tahun 1932 hingga tahun 1945,

dia menjadi menteri kerajaan tempatan, menteri

pendidikan, dan menteri kewangan.

UMUM 

Kembali ke atas