SI BONGKOK TANJUNG PUTERI, drama karya Shaharom Hussain. Buku drama ini diterbitkan oleh Pustaka Melayu, Singapura pada tahun 1961. Si Bongkok Tanjung Puteri mengambil kisah sejarah tempatan yang telah diceritakan secara lisan oleh golongan tua berdasarkan kejadian yang sebenar berlaku kira-kira 150 tahun lalu di negeri Johor. Ia adalah satu cerita yang berhubung rapat dengan sejarah Tanjung Puteri (kini Johor Bahru) dan sejarah Temenggung Daing Ibrahim, pemerintah ketika itu, yang berusaha menghapuskan ancaman lanun di perairan Johor dan Singapura. Cerita yang digarap berdasarkan sejarah ini telah digubah dan disusun serta dipentaskan dengan tujuan untuk perkembangan seni drama Melayu.
Thanks for clicking. That felt good.