Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.khil] | دخيل

Definisi : Ar 1. yg di dalam (tidak zahir), yg mengenai batin; penyakit ~ penyakit batin, penyakit dlm badan; 2. ark terlalu karib, rapat benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dakhil


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
‘ABD AL-RAHMAN AL-DAKHIL‘Abd al-Rahman al-Dakhil (113 H.-172 H./731M.-

788M.) terkenal dengan gelaran saor quraysh;

dan dikenali pula dengan al-Dakhil kerana

kemasukannya ke Andalus dan seterusnya

mengasaskan Kerajaan Umayyah di sana. Nama

penuhnya ialah ‘Abd al-Rahman ibn Mu’awiyah ibn

Hisham ibn ‘Abd al-Malik ibn Marwan. Dia lahir di

Damsyik dan membesar dalam keadaan yatim. Dia

telah berjaya melepaskan diri daripada ancaman

golongan Abbasiyyah sewaktu mereka merampas

kuasa Kerajaan Umayyah di Syam. Kebanyakan

orang Umawiyyah telah dibunuh. ‘Abd al-Rahman

bersembunyi dan berjaya menyusup keluar

hinggalah dia tiba di Maghribi. Di sana, dia bertemu

pula dengan hambanya Badar dan mendapat biaya

sara hidup daripada saudara perempuannya Ummu

al-Isba. Dia menumpang di rumah bapa saudaranya

daripada Kabilah Tafzawah yang berbangsa Tartar.

Ibunya berasal dari suku kaum ini.

Di sini dia telah menghubungi golongan

Umawiyyah di Andalus dengan menghantar Badar

sebagai utusannya. Lantas dikirimkan satu pasukan

yang terdiri daripada para pembesar Umawiyyah

dan mereka memberi sumpah setia kepada ‘Abd al-

Rahman.

UMUM 
NASIR, AL-UMAWIY AL-

Nasir, al-Umawiy al- (277–350 H./890–961 M.)

ialah orang pertama memakai gelaran “ khalifah ” di

kalangan pemerintah kerajaan Umawiyyah di

Andalus. Nama sebenarnya ialah ‘Abd al-Rahman

ibn Muhammad ibn ‘Abdullah ibn Muhammad ibn

‘Abd al-Rahman ibn al-Hakam al-Rabdiy ibn Hisham

ibn ‘Abd al-Rahman al-Dakhil. Dia lahir dan

meninggal dunia di Cordova. Dia membesar dalam

keadaan yatim di bawah jagaan datuknya.

UMUM 

Kembali ke atas