Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[daÖ.wa.an]/[da/.wa.an] | دعواءن

Definisi : 1. tuduhan (tuntutan, aduan) yg dikemukakan utk diadili (di mahkamah): sesuatu ~ terhadap perbuatan jenayah di­majukan oleh Jabatan Peguam Negara atau pihak polis; 2. sesuatu yg dikatakan (dike­muka­kan dsb) supaya diterima sbg satu ke­nyataan atau kebenaran: beliau membuat ~ tentang kemenangan pasukan tenteranya itu dlm satu sidang akhbar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[daÖ.wa.an]/[da/.wa.an] | دعواءن

Definisi : aduan yg dikemukakan kpd hakim; tuduhan; tuntutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dakwaan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEOSOFI

Teosofi ialah satu sistem pemikiran falsafah dan

agama. Teosofi berdasarkan kepada dakwaan

wujudnya pemahaman mistik terhadap sifat Tuhan

dan hukum dunia. Pengikut teosofi percaya bahawa

pengetahuan yang sebenar berpunca daripada

perhubungan terus antara jiwa dan kebenaran

suci, dan bukannya melalui logik atau deria.

UMUM 
ARISTARCHUS

Aristarchus dari Samos ialah ahli astronomi

Yunani yang hidup pada tahun 200-an S.M. Dia

adalah orang pertama yang menyatakan bahawa

bumi berputar mengelilingi matahari. Bagaimana

dia menjustifikasi dakwaan ini tidak diketahui.

Tulisannya tentang perkara ini tidak sampai

kepada kita, tetapi ideanya disebut oleh

Archimedes, ahli matematik Yunani. Dalam karya

Aristarchus yang masih wujud, On the

Magnitudes and Distances of the Sun and the

Moon , dia tidak menyebut apa-apa pun mengenai

teori pergerakan bumi.

UMUM 
MAHKAMAH EROPAH BAGI HAK ASASI MANUSIA

Mahkamah Eropah bagi Hak Asasi

Manusia ialah satu cabang Majlis Eropah. Badan

ini bekerjasama dengan sebuah badan lain, iaitu

Suruhanjaya Eropah bagi Hak Asasi Manusia,

dalam usaha meneliti isu-isu yang berkait dengan

hak asasi manusia. Suruhanjaya ini menyiasat

dakwaan pelanggaran hak asasi manusia

sebagaimana yang diperakukan oleh Konvensyen

Eropah bagi Perlindungan Hak Asasi Manusia dan

Hak Kebebasan Asasi. Konvensyen ini adalah satu

perjanjian antarabangsa yang ditandatangani oleh

Majlis Eropah pada bulan November 1950.

UMUM 
MENGGANTUNG TANPA PERBICARAAN

Menggantung tanpa perbicaraan lazimnya

bermakna pembunuhan yang umumnya dilakukan

oleh perusuh dengan menggantung seseorang

tanpa menghiraukan undang-undang dan

peraturan. Mangsa penggantungan tanpa

perbicaraan tidak ada peluang bagi

mempertahankan diri mereka. Perusuh cuma

menganggap mangsanya bersalah, sama ada

dibicarakan atau tidak. Walaupun rusuhan ganas

sedemikian pernah berlaku di beberapa negara

pada berlainan masa, namun begitu, istilah

menggantung tanpa perbicaraan secara khusus

dikaitkan dengan Amerika Syarikat. Kebanyakan

negeri di Amerika Syarikat cuba menghentikan

perbuatan menggantung tanpa perbicaraan

melalui undang-undang. Sesetengah negeri

menjalankan dakwaan mengikut undang-undang

menentang homisid, rusuhan dan serangan.

Negeri-negeri yang lainnya mempunyai undang-undang

menggantung tanpa perbicaraan yang

khusus. Namun begitu, pengawalan melalui

undang-undang tidak berjaya mencegah

menggantung tanpa perbicaraan.

UMUM 
LIBEL

Libel ialah kenyataan bertulis, bercetak

atau kenyataan lain dalam bentuk kekal yang

merosakkan nama baik seseorang. Gambar,

tanda dan maklumat yang disiarkan di radio

atau televisyen mungkin mengandungi libel.

Slander sama seperti libel. Walau bagaimanapun,

slander melibatkan kata-kata yang diucapkan

atau kenyataan yang dilafazkan yang merosakkan

nama baik seseorang. Di negara-negara yang

membenarkan kes-kes slander, mangsa slander

mesti dapat membuktikan bahawa nama baiknya

benar-benar tercemar. Dalam tindakan libel, bukti

bahawa nama baik seseorang itu telah tercemar

tidak diperlukan. Libel dan slander merupakan

bentuk fitnah . Biasanya individu menjadi sasaran

libel, tetapi syarikat atau perbadanan mungkin

membuat dakwaan kerana menyebabkan nama

syarikat atau perbadanannya terjejas.

UMUM 

Kembali ke atas