YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) | Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ialah sebuah badan amanah atau yayasan yang menjaga kebajikan masyarakat Islam di Malaysia. YADIM adalah singkatan bagi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Ia didaftarkan pada 25 Januari 1974 di bawah Trustee Incorporation Ordinance Act 1952. Pengisytiharan penubuhannya dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Hussein dalam perjumpaan PERKIM Pahang dan memulakan operasi di Wisma Batik, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada tahun 1975 | UMUM | |
INSTITUT DAKWAH ISLAMIAH PERKIM | Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP), institusi pendidikan Islam yang memberikan pelajaran dan pengajaran Islam serta kursus intensif, latihan dakwah, dan kepimpinan kepada saudara baharu dan anak-anak mereka khususnya di Malaysia. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
DAKWAH ISLAM | Dakwah Islam ialah seruan ketuhanan yang berasaskan petunjuk daripada al-Qur’an, iaitu kalam Allah dan petunjuk rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW yang diikuti melalui sunnahnya dalam berdakwah. | UMUM | |
DAKWAH | Dakwah, ajakan, seruan, panggilan dan undangan kepada sesuatu. Dalam hal ini, ajakan, seruan, panggilan dan undangan itu merujuk seruan Allah SWT dan Rasul-Nya kepada sekalian insan. | AGAMA | Konsep |
NABI ILIASA‘ A.S. | Nabi Iliasa‘ a.s. ialah salah seorang nabi keturunan Bani Israel. Al-Qur’an mengkategorikan Nabi Iliasa‘ a.s. ke dalam kumpulan rasul-rasul yang wajib diimani. Nabi Iliasa’ a.s. menyampaikan dakwah setelah kewafatan Nabi Ilias a.s. Dakwah Nabi Iliasa‘ a.s. ialah beriman kepada Allah SWT dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Ilias a.s. dan syariatnya. | UMUM | |
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA (PERKIM) | Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) ialah badan bukan kerajaan yang kegiatan utamanya tertumpu kepada kerja-kerja kebajikan dan dakwah khususnya di kalangan saudara baru. Untuk mencapai matlamat ini, PERKIM melaksanakan beberapa program kebajikan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. | UMUM | |
DARUL ARQAM | DARUL ARQAM, pertubuhan dakwah Islam. Ia ditubuhkan oleh Ustaz Asaari Muhammad pada tahun 1968. Sebelum Darul Arqam ditubuhkan, Ustaz Asaari, yang berguru dengan almarhum Syekh Mahmood Bukhari, memimpin kegiatan usrah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Dia memperkenalkan konsep ‘ikhwan’ (persaudaraan Islam) di kalangan para pengikutnya. Dia telah membina sebuah perkampungan Islam di Sungai Pencala, Kuala Lumpur di samping menjadi pusat kegiatan dakwah yang dipimpinnya sendiri sebagai Syekhul Arqam. Darul Arqam tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
ABU SUFYAN | Abu Sufyan (?-32 H/653 M), pembesar Quraisy dan penentang dakwah Nabi Muhammad SAW. Nama penuhnya ialah Abu Sufyan bin Harb bin Umayyah, daripada suku Abu Syams. | AGAMA | Tokoh |
JAMAAT TABLIGH | JAMAAT TABLIGH, gerakan dakwah Islamiah. Gerakan ini diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas (1885-1944), yang berasal dari Kandhela, India. Dia mendapat pendidikan awal di Kuttub dan pernah berguru dengan Maulana Rashid Ahmad Gungohi di Gungoh (1908) dan belajar di Darul Ulum, Deoband (1908). Pada tahun 1910, dia mengajar di Madrasah Mazhar al-Ulum di Baharanpur. Dia adalah pengikut dan pengamal tasawuf melalui tarekat Cistiyah daripada cabang Sabiriyah dan terpengaruh oleh ajaran tarekat Naksyabandiyah, Qadiriyah dan Suhrawardiyah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SURAH HUD | Surah Hud ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-11 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 123 ayat. Ia dinamakan surah Hud kerana meraikan kesungguhan Nabi Hud a.s. dalam menyampaikan dakwah di jalan Allah S.W.T. | UMUM | |