KELENJAR ADRENAL | Kelenjar adrenal ialah organ kecil dalam badan yang merembeskan banyak hormon penting. Terdapat dua kelenjar adrenal di dalam badan, satu di atas setiap ginjal. Adrenal, yang juga dikenali sebagai suprarenal, mempunyai garis pusat kira-kira lima sentimeter setiap satu. Setiap kelenjar adrenal terdiri daripada medula (teras dalam) dan korteks (lapisan luar). | UMUM | |
SINUS | Sinus ialah rerongga di dalam badan sesuatu makhluk, termasuklah manusia. Apabila digunakan sendirian, kata sinus itu secara umum merujuk kepada ruang yang lompong yang berisi udara yang terletak di bahagian hadapan tengkorak. Tengkorak manusia terdiri daripada empat kumpulan sinus. Doktor kadangkala menamakan keempat-empat kumpulan sinus ini sebagai sinus paranasal, kerana sinus ini bersambung dengan rerongga nasal. Setiap kumpulan sinus ini mendapat namanya daripada tulang-tulang tengkorak yang menempatkan sinus tersebut. | UMUM | |
SUHU BADAN | Suhu badan ialah ukuran haba dalam badan haiwan. Badan haiwan mengeluarkan haba melalui pembakaran makanan.Tetapi haiwan juga kehilangan haba ke persekitarannya atau mendapat haba dari persekitarannya. | UMUM | |
EPITELIUM | Epitelium ialah satu daripada jenis utama tisu yang terbentuk dalam badan manusia dan sesetengah haiwan. | UMUM | |
KELENJAR PITUITARI | Kelenjar pituitari ialah satu daripada kelenjar yang paling penting dalam badan. Kelenjar ini merembes beberapa hormon yang mengawal pelbagai fungsi badan. Kelenjar pituitari adalah kira-kira sebesar kacang pis dan terletak di bawah otak berhampiran dengan pusat tengkorak. Kelenjar ini dihubungkan oleh satu tangkai pendek dengan hipotalamus, sebahagian daripada otak. Kelenjar pituitari kadangkala dikenali sebagai hipofisis. | UMUM | |
SISTA | Sista ialah pundi tak normal dalam badan yang mengandungi bendalir dan tidak mempunyai bukaan keluar. Sista kulit berlaku lebih kerap daripada sista-sista lain. Ia biasanya terbentuk bukaan kelenjar minyak atau folikel rambut (struktur bak beg yang mengelilingi rambut) tersumbat. Sesetengah sista terbentuk di sekeliling bahan asing yang memasuki badan. Sista-sista lain terbentuk di sekeliling darah selepas berlaku kecederaan. Sista yang terbentuk dalam kelenjar air liur di bawah lidah dikenali sebagai ranula. Sista organ dalaman biasanya disebabkan oleh perkembangan organ yang tak normal. Sista dibuang melalui pembedahan. | UMUM | |
DARAH | Darah ialah bendalir penyokong kehidupan yang mengalir dalam badan manusia. Kita tidak boleh hidup tanpa darah. Jantung mengepam darah kesemua sel badan kita, membekalkannya dengan oksigen dan makanan. Pada masa yang sama, darah membawa karbon dioksida dan bahan buangan lain daripada sel. Darah juga melawan jangkitan, menstabilkan suhu badan kita, dan membawa bahan kimia yang mengawal banyak fungsi badan. | UMUM | |
NAGPUR | Nagpur (pend. 1 617 951) ialah bandar India dalam negeri Maharashtra. Bandar ini bergilir-gilir dengan Mumbai mewakili kerusi dalam badan perundangan negeri. Bandar ini terletak di Sungai Nag. Untuk lokasi, lihat India (peta politik). | UMUM | |
SISTEM LIMFATIK | Sistem limfatik ialah satu rangkaian pembuluh kecil yang menyerupai pembuluh darah. Sistem limfatik mengembalikan bendalir dari tisu badan ke dalam aliran darah. Proses ini diperlukan kerana tekanan bendalir dalam badan terus-menerus menyebabkan air, protein dan bahan-bahan lain keluar dari pembuluh darah yang dikenali sebagai kapilari. Bendalir yang mengalir keluar, yang dikenali sebagai bendalir interstitial, membasahi dan memberi nutrien kepada tisu badan. | UMUM | |
MENGAWAL BERAT BADAN | Mengawal berat badan ialah proses mengawal amaun lemak badan. Ia berdasarkan kaitan antara amaun makanan yang dimakan oleh seseorang dengan amaun senaman yang dilakukannya. Semakin kurang seseorang makan dan semakin banyak senaman dilakukan, semakin kurang lemak dalam badan. Mengawal berat badan mempunyai kepentingan perubatan kerana menjadi obes (terlalu gemuk) boleh membawa kepada masalah kesihatan yang teruk. Masalah emosi dan sosial yang serius juga boleh berlaku akibat keobesan. | UMUM | |