AL-QUR’AN AL-KARIM | Al-Qur’an al-Karim ialah kalamullah yang diturunkan kepada Rasul-Nya Nabi Muhammad SAW dalam bahasa Arab melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s. Ia tertulis pada mashaf, diriwayatkan kepada kita secara mutawatir dan membacanya ialah satu ibadah. Ia dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas. Ia juga satu mukjizat Islam yang kekal. | UMUM | |
NEVELSON, LOUISE | Nevelson, Louise (1900–1988) ialah pengarca wanita Amerika Syarikat. Dia lebih dikenali kerana assemblage nya, yang biasanya dikumpulkan di dalam bingkai yang berbentuk kotak. Banyak dinding hitam di dalam kotak-kotaknya melahirkan perasaan senyap dan keunggulan. | UMUM | |
NEGERI NAUNGAN | Negeri naungan ialah negeri lemah yang dikuasai oleh negara yang lebih kuat. Negeri naungan biasanya mempunyai fungsi kuasa berkerajaan sendiri yang tertentu tetapi negara “penaung”nya mempunyai kata pemutus dalam hal- hal yang penting. Kuasa penaung menjalankan semua perhubungan luar negeri untuk negeri naungan dan mengawasi pertahanan negeri naungan tersebut. Dalam sejarah British, zaman Naungan (1653– 1659) ialah zaman semasa Oliver Cromwell memerintah England sebagai Raja Penaung. Puteranya, Richard menggantikannya sebagai raja penaung pada tahun 1658. | UMUM | |
SURAH AL-QASAS | Surah al-Qasas ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-28 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 88 ayat. Surah ini dinamakan al-Qasas (kisah-kisah) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya kisah Nabi Musa a.s. secara terperinci dan jelas dari mula kelahirannya sehinggalah waktu pelantikannya sebagai rasul. Di dalam surah ini juga terdapat peristiwa-peristiwa pelik dan ajaib yang menggambarkan dengan jelas pemeliharaan dan pembelaan Allah S.W.T. terhadap wali-wali-Nya (kekasih-Nya) dan mengecewakan musuh-musuh- Nya. | UMUM | |
MANUSIA | Manusia ialah sebaik-baik dan semulia-mulia makhluk Allah di muka bumi antara semua kejadian-Nya. Allah mencipta manusia dan menjadikan kejadiannya sama dan seimbang. Manusia didatangkan dalam bentuk yang elok dan seragam serta dikurniakan dengan akal dan pertuturan yang dapat membezakannya daripada makhluk yang lain. | UMUM | |
DAKWAH ISLAM | Dakwah Islam ialah seruan ketuhanan yang berasaskan petunjuk daripada al-Qur’an, iaitu kalam Allah dan petunjuk rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW yang diikuti melalui sunnahnya dalam berdakwah. | UMUM | |
KELAHIRAN PRAMATANG | Kelahiran pramatang berlaku apabila seseorang wanita melahirkan anak sebelum kehamilannya mencapai tempoh sepenuhnya. Tempoh kehamilan ini berbeza-beza dari 37 hingga 42 minggu selepas tempoh haid terakhir seseorang wanita sebelum kehamilan. Dalam banyak kes, tempoh kehamilan setepatnya sukar ditentukan. Oleh itu, doktor juga menganggap seseorang bayi itu pramatang jika beratnya kurang daripada 2500 gram ketika lahir. | UMUM | |
RICHARDS, VIV | Richards, Viv (1952– ), salah seorang pemukul yang terunggul, menguja dan pencatat larian yang tertinggi dalam sejarah permainan kriket. Dia dilantik sebagai kapten pasukan Hindia Barat pada tahun 1985. Richards ialah seorang pemukul tangan kanan yang kuat, pemboling “offbreak” yang berguna, dan seorang pemadang yang baik. Ujian terhadap kerjaya Richards bermula pada tahun 1976. Dia mencatat 291 larian daripada 386 bola dalam satu perlawanan ujian dengan England pada tahun 1976. Ining nya yang terpantas ialah 110 tidak terkeluar, dengan membuat score off hanya 56 bola, iaitu di St. John’s, Antigua, pada tahun 1986. Richards membuat shor sentri kelas pertamanya yang keseratus pada tahun 1988. | UMUM | |
SURAH AL-QALAM | Surah al-Qalam ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-68 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 52 ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Qalam kerana pada awal surah ini Allah S.W.T. bersumpah dengan al- Qalam dalam firman-Nya yang bermaksud: “Nun. Demi al-Qur’an dan sesuatu yang mereka tulis”. (Surah al-Qalam 68:1) | UMUM | |
SURAH FATIR | Surah Fatir ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-35 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 45 ayat. Surah ini di namakan Fatir kerana disebut dalam satu ayat dalam surah ini. Ia adalah satu sifat yang menggambarkan keindahan dan keanggunan ciptaan Allah S.W.T. serta reka bentuk yang tiada tandingan. Malah secara tidak langsung menunjukkan keunggulan dan kehebatan kuasa Allah S.W.T. serta keelokan ciptaan alam-Nya. | UMUM | |