Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dalam rahim


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAHIM RAZALI, DATO'

RAHIM RAZALI, Dato’ (1939-    ), pelakon dan pengarah teater, drama dan filem serta pengulas sukan. Nama sebenarnya ialah Abdul Rahim bin Mohd. Razali. Dia lahir pada 3 Julai 1939 di Batu Gajah, Perak. Rahim mendapat pendidikan di Sekolah Anderson, Ipoh. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya ke Universitiy Melbourne dalam bidang Chartered Accountancy selama lima tahun di bawah rancangan Colombo.

BUDAYATokoh
ABDUL RAHIM KAJAI (1894–1943)

Abdul Rahim Kajai (1894-1943) ialah tokoh

sasterawan dan ‘Bapa Kewartawanan Melayu

Moden’. Dia merupakan tokoh wartawan yang ingin

memajukan nasib orang Melayu melalui penanya

iaitu dari tahun 1930 hingga tahun 1943. Di dalam

bidang sastera, dia juga dianggap sebagai ‘Bapa

Cerpenis Melayu’ yang produktif.

UMUM 
PROSTAGLANDIN

Prostaglandin ialah nama sekumpulan sebatian

kimia yang penting. Ia terdapat di seluruh badan

manusia dan haiwan. Ia membantu mengatur

berbagai-bagai fungsi, seperti pengeluaran asid

perut, tekanan darah dan suhu badan, serta aktiviti

otot dalam organ seperti bronkus, usus, rahim dan

lain-lain organ badan. Prostaglandin juga

memainkan peranan utama dalam pembiakan. Ahli

sains telah mengenal pasti lebih daripada 20

prostaglandin, yang kesemuanya adalah asid lemak

versi yang telah diubahsuai.

UMUM 
CERPEN MALAYSIA

CERPEN MALAYSIA, antologi cerpen yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, dalam dua jilid pada tahun 1988. Jilid I diberi judul Cerpen Malaysia Sebelum Perang Dunia Kedua dan diselenggarakan oleh Hashim Awang. Antologi ini memuatkan 56 buah cerpen yang dihasilkan oleh penulis terkenal yang mewakili zaman sebelum Perang Dunia Kedua, iaitu dari tahun 1920-an hingga tahun 1941; antara lain, termasuklah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji Muhammad, Shamsuddin Saleh, Kasmani Arif, Harun Aminurrashid, Mahmud Ahmad dan Misbaha. Mereka ini kebanyakannya terdiri daripada golongan guru dan wartawan Melayu.

         

SASTERAKarya
PENULIS WARTAWAN

PENULIS WARTAWAN, golongan pengarang Melayu yang bekerja sebagai wartawan.  Mereka juga dikenal sebagai penulis ‘wartawan-sasterawan’.  Mereka muncul dan bergiat cergas sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua dan setelah merdeka.  Antara tokoh penting sebelum perang daripada golongan penulis ini ialah Abdul Rahim Kajai, Shamsuddin Salleh, Raja Mansor dan Ishak Haji Muhammad (Pak Sako).  Pada zaman selepas perang dan kemerdekaan pula, mereka terdiri daripada Ishak Haji Muhammad, A. Samad Ismail,  Ahmad  Boestamam (Ruhi Hayat) dan Alias Ali.  Mereka memiliki latar belakang pendidikan yang pelbagai dan pengalaman yang luas dalam bidang kewartawanan dan persuratkhabaran.

SASTERAKarya

Kembali ke atas