ILMU TILIK TAPAK TANGAN | Ilmu tilik tapak tangan ialah amalan meramalkan nasib dengan menilik garisan dan tanda-tanda pada tapak tangan manusia. Ilmu tilik tapak tangan, yang kadang-kadang dikenali sebagai chiromancy dalam bahasa Inggeris, mungkin bermula di India purba. | UMUM | Umum |
ORGAN TANGAN | Organ tangan ialah nama umum untuk beberapa jenis alat muzik yang menghasilkan muzik apabila pemainnya memutar hendalnya. Jenis yang paling umum ialah organ putar, atau organ piano, yang dimainkan oleh pemuzik jalanan. Alat ini terdiri daripada sebuah kotak yang mengandungi paip atau pipit lelidah logam dan silinder, yang dikenali sebagai tong, di mana pancang disusunkan. Apabila tong dipusing, pancang akan membuka injap pada paip tertentu. Putaran tersebut akan menyebabkan asakan masuk udara ke dalam paip yang terbuka lalu mengeluarkan muzik. | UMUM | |
MANUSKRIP MELAYU | MANUSKRIP MELAYU, hasil sastera Melayu tradisional bertulis tangan dalam tulisan Jawi. Perkataan manuskrip berasal daripada perkataan Latin manus bermaksud tangan dan scriptus bermakna tulisan. Penghasilan manuskrip merujuk pada hasil yang bertulis tangan sebelum sesuatu masyarakat mempunyai alat percetakan. Bagi masyarakat Melayu, penghasilan manuskrip bermula dengan pesatnya selepas kedatangan Islam, iaitu selepas masyarakat Melayu menerima tulisan Jawi sebagai tulisannya. Dengan demikian, zaman perkembangan manuskrip Melayu ialah selepas kedatangan Islam hingga ke akhir abad ke-19. | SASTERA | Alat/Alatan |
CAMPUR TANGAN KEMANUSIAAN | Campur tangan kemanusiaan ialah segala bentuk gangguan atau pencerobohan dalam hal ehwal sesebuah negara oleh pihak asing, lazimnya negara luar, kumpulan negara, serta organisasi antarabangsa. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
SINDROM SALURAN KARPAL | Sindrom saluran karpal ialah gangguan biasa yang menyebabkan kesakitan, dan mengganggu penggunaan tangan. Ia disebabkan oleh tekanan pada saraf median apabila saraf ini melalui saluran yang dibentuk oleh tulang dan ligamen pada pergelangan tangan. Saluran ini dikenali sebagai saluran karpal. Pelbagai keadaan boleh menyebabkan saluran karpal menjadi sempit dan memberi tekanan pada saraf median. Ini termasuk kecederaan, seperti fraktur pergelangan tangan; artritis yang menjadi teruk kerana bengkak tendon dalam saluran karpal; kehamilan, yang boleh menyebabkan sinovium (membran) di sekeliling tendon menjadi tebal; dan ketaknormalan kelenjar, seperti diabetes dan gangguan tiroid. Kerja yang melibatkan pergerakan pergelangan tangan yang berulang-ulang juga boleh menyebabkan sindrom saluran karpal. | UMUM | |
K | K ialah huruf ke-11 dalam abjad Inggeris. Ia juga huruf dalam abjad yang digunakan oleh orang Semit, yang pernah tinggal di Syria dan Palestin. Mereka menyebut huruf ini kaph, perkataan mereka bagi tapak tangan . Mereka mungkin menyesuaikannya daripada hiroglif, atau simbol gambar orang Mesir, yang menunjukkan tangan bagi melambangkan huruf tersebut. | UMUM | |
PERTUKANGAN | PERTUKANGAN, perihal bertukang atau pekerjaan bertukang. Tukang ialah orang yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan. Dalam konteks budaya Melayu, kepandaian atau kemahiran dalam apa bidang sekalipun melayakkan seseorang itu dipanggil tukang, misalnya tukang besi, orang yang pandai membuat peralatan daripada besi, dan tukang andam, orang yang pandai menyolek dan menghias pengantin. | BUDAYA | Kraf Tangan |
KALIGRAFI | Kaligrafi ialah seni tulisan tangan yang indah. Dalam kaligrafi, bentuk hiasan pada huruf lebih penting daripada kejelasan tulisan. | UMUM | |
THEREMIN | Theremin ialah alat muzik berbentuk kotak yang serupa dengan alat penerima radio. Nada muzik dihasilkan oleh dua litar elektronik frekuensi tinggi di dalam alat berkenaan. Pemain alat ini menghasilkan muzik dengan menggerakkan tangan kanannya di udara di hadapan antena yang terpacak pada alat muzik tersebut. Pemain mengawal nada bunyi dengan menggunakan suis dan menggerakkan tangan kirinya ke atas lingkaran logam di atas theremin. Lev Theremin, ahli sains Rusia, mencipta alat ini dan memainkannya buat pertama kali di khalayak ramai pada tahun 1920. Theremin adalah semata-mata satu keanehan muzik, tetapi ia telah digunakan sebagai alat solo. Penggubah muzik untuk theremin termasuk Bohuslav Martinu dan Edgard Varèse. | UMUM | |
PERALATAN PEMBINAAN | Peralatan pembinaan merupakan jentera yang digunakan untuk membina dan merobohkan jambatan, bangunan, dan struktur-struktur lain. Jentera ini biasanya dapat menjimatkan tenaga kerja, wang, dan masa. Sebuah jentera dapat melakukan kerja yang lebih banyak dalam masa satu jam berbanding seratus orang pekerja yang menggunakan peralatan tangan dalam satu hari. Jentera utama untuk membina bangunan termasuk (1) jentera korek tanah, (2) mesin angkat dan kendali bahan, dan (3) mesin pam. | UMUM | |