PUFFBALL | Puffball ialah kulat yang mengeluarkan buah berbentuk bola yang mengandungi spora di dalamnya. Banyak puffball mempunyai isi berwarna putih. Ia boleh dimakan selagi isinya belum bertukar warna, atau menjadi bersabut. Apabila puffball matang, bahagian dalamnya menjadi longgokan spora berserbuk, berwarna kekuningan atau keunguan atau hijau. | UMUM | |
VAKUM | Suatu ruang kosong yang tidak mengandungi apa-apa di dalamnya. | FIZIK | Konsep |
SILESIA | Silesia ialah wilayah di barat daya Poland, timur Jerman, dan bahagian utara Republik Czech. Kawasan yang termasuk di dalamnya ialah bahagian hulu Lembah Sungai Oder dan Gunung Sudetes. Silesia meliputi kawasan seluas 49 000 kilometer persegi dan berpenduduk kira-kira 10 000 orang. Katowice dan Wroclaw, Poland merupakan bandar utamanya. | UMUM | |
TENGKORAK | Tengkorak ialah rangka bertulang bagi kepala manusia dan lain-lain haiwan bertulang belakang. Ia adalah tempurung daripada tulang yang di dalamnya terkandung otak, dan tulang yang membentuk muka. Tengkorak manusia mempunyai 22 tulang. | UMUM | |
MESIN LAYAN DIRI | Mesin layan diri ialah mesin yang mengeluarkan produk atau perkhidmatan apabila duit, token, kad, atau kunci dimasukkan ke dalamnya. Mesin layan diri mendispens pelbagai jenis barang jualan seperti gula-gula, rokok, kopi, aiskrim, dan minuman ringan. Sesetengah mesin layan diri boleh digunakan 24 jam sehari. | UMUM | |
NUMMULITE | Nummulite ialah nama bagi sebilangan besar haiwan laut fosil bersel satu. Ia boleh dikenali melalui cangkerangnya, yang berbentuk seperti cakera leper. Di bahagian dalamnya, setiap cangkerang melingkar dan terbahagi kepada banyak kubuk kecil. | UMUM | |
SELAT BASS | Selat Bass memisahkan Tasmania dari tanah besar Australia. Untuk lokasinya, lihat Australia (peta politik). Selat ini lebarnya lebih kurang 240 kilometer. Kawasan perairan yang cetek ini dalamnya antara 55 meter hingga 90 meter. Arus lautan yang kuat melanda sepanjang selat ini dan mengakibatkan keadaan yang bergelora sepanjang tahun. Terdapat banyak pulau di Selat Bass, termasuk gugusan pulau Furneaux dan Kent. Selat ini dinamakan sempena nama George Bass, yang belayar melaluinya bersama-sama Matthew Flinders pada tahun 1798. | UMUM | |
SENI BYZANTINE | /p> Seni Byzantine ialah gaya seni Kristian Timur yang berkembang maju semasa zaman Empayar Byzantine. Ia terkenal terutamanya kerana gereja berkubah dengan hiasan bahagian dalam yang mengagumkan. Bahagian dalamnya menampilkan mural dalam banyak gaya yang berwarna-warni, yang menggambarkan figura keagamaan dan maharaja. | UMUM | |
TEKANAN | Tekanan , ditakrifkan sebagai daya per unit keluasan. Dalam fizik, istilah ini biasanya digunakan pada bendalir (gas atau cecair). Jika bendalir dikenakan daya yang sesuai, tekanan terhasil di dalamnya. Semakin besar daya, semakin besar tekanan. Tekanan diukur dalam kilogram per sentimeter persegi, atau pascal dalam sistem metrik. Ia diukur dalam paun per inci persegi dalam sistem imperial. | UMUM | |
ARDIZZONE, EDWARD | Ardizzone, Edward (1900–1979) ialah penulis dan pelukis Inggeris. Dia adalah penulis dan pelukis buku kanak-kanak yang telah banyak menerima hadiah. Dia menulis cerita kembaraan yang di dalamnya dimasukkan lukisan-lukisan yang bukan sahaja ceria tetapi juga melucukan. Ardizzone juga telah melukis gambar untuk buku yang ditulis oleh pengarang lain. Kesemuanya berjumlah lebih daripada 100 buah. | UMUM | |