SUNTIKAN AIR | Operasi menyuntikkan air ke dalam reservoir yang mengeluarkan minyak bagi penyenggaraan tekanan reservoir dan/atau membantu perolehan. Dengan demikian, suntikan air boleh digunakan untuk mengekalkan tekanan reservoir atau memperlambat kadar penurunannya, atau sebagai teknik perolehan sekunder. Operasi suntikan air telah digunakan oleh industri petroleum sejak tahun 1890 tetapi maklumat mengenainya hanya didokumentasikan sejak tahun 1922. | KEJURUTERAAN | Proses/Tindak Balas |
UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI | UNDANG-UNDANG TUBUH NEGERI, Undang-undang Tubuh Kerajaan atau Perlembagaan Negeri-Negeri (Constitution of The State). Kalau dahulunya ia biasa disebut sebagai Undang-undang Tubuh Kerajaan atau Undang-undang Tubuh Negeri tetapi kini ia lebih dikenal sebagai Perlembagaan Negeri. Perlembagaan itu sendiri bolehlah ditakrifkan sebagai suatu sistem undang-undang dan adat yang telah dibentuk dan/atau dibuat oleh suatu badan tertinggi sesebuah negeri bagi tujuan untuk digunakan sebagai garis panduan dalam serba perkara bagi negeri berkenaan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |