Mendandan rambut ialah seni menggunting, mengeset, menyusun, dan seterusnya menjaga rambut. Lelaki dan perempuan menggayakan rambut supaya rupa paras mereka lebih elok dan untuk keselesaan. Gaya rambut yang berbeza akan mengubah wajah seseorang dengan lebih ketara berbanding hampir-hampir kesemua perubahan fizikal yang lain. Dandanan boleh menonjolkan ciri yang elok dan menyembunyikan ciri yang buruk, atau boleh mengalihkan perhatian orang daripada sifat yang tidak dikehendaki. Dandanan memberi gaya rambut yang menarik dan mudah dikendalikan sambil memenuhi keperluan dan kehendak seseorang. |