SIRIUS | Sirius, yang juga dikenali sebagai Bintang Anjing, ialah bintang yang paling terang yang dapat dilihat dari bumi pada waktu malam. Saiz Sirius lebih kurang sama dengan saiz matahari, tetapi memancarkan hampir-hampir 30 kali ganda cahaya. Bintang ini merupakan bintang magnitud pertama (lihat Bintang [Mengukur kecerahan]). | UMUM | |
PARAMESIUM | Paramesium ialah organisma kecil bersel satu yang hampir tidak dapat dilihat tanpa mikroskop. Jenis organisma ini dinamakan protozoa. Paramesium hidup di kolam dan anak sungai yang mengalir perlahan. | UMUM | |
SINAR INFRAMERAH | Sinar inframerah, sering dinamakan sinar haba, menyerupai sinar cahaya, tetapi ia tidak dapat dilihat oleh mata kita. Sinar ini adalah suatu bentuk sinaran elektromagnet dan berkelakuan seperti sinar cahaya dari segi pemantulan dan pembiasan (lihat Cahaya [Pemantulan; Pembiasan]). | UMUM | |
KORONA | Korona ialah lapisan pada atmosfera matahari yang paling luar. Lapisan ini hanya dapat dilihat dengan mata kasar apabila berlaku gerhana matahari penuh, ketika bahagian lain matahari dilindungi oleh bulan. Pada waktu sedemikian, korona muncul sebagai halo cahaya yang tidak mempunyai bentuk yang tetap (lihat Matahari). | UMUM | |
AMPAIAN | Ampaian ialah satu campuran dengan sesuatu bahan terasing daripada cecair atau gas secara perlahan. Setiap partikel (zarah) mengandungi banyak atom atau molekul. Ampaian dapat dilihat dalam bentuk campuran dua bahan berlainan. | UMUM | |
MATAHARI TENGAH MALAM | Matahari tengah malam ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada matahari yang dapat dilihat 24 jam sehari suntuk di kawasan kutub bumi. | UMUM | |
BURUNG WAXWING | Burung waxwing ialah sejenis burung yang berbulu halus seperti sutera, berwarna perang kekelabuan, bersaiz lebih besar daripada burung pipit, dan mempunyai satu jambul yang jelas dapat dilihat di atas kepalanya. | UMUM | |
SHUARD, AMY | Shuard, Amy (1924–1975), salah seorang soprano drama Inggeris yang terbaik. Lakonannya yang penuh penghayatan dan gabungan suaranya yang bertenaga dan lincah menjadikannya terkenal sebagai bintang opera. Kekuatan dramatiknya dapat dilihat dalam persembahannya yang terbaik dalam Turandot oleh Puccini. Dia tampil sebagai penyanyi utama dalam opera ini di Royal Opera House, Covent Garden pada tahun 1958. Amy Shuard lahir di London dan belajar muzik di Trinity College of Music. | UMUM | |
BAHASA MELAYU PADA PRASASTI DI SONGKHLA | BAHASA MELAYU PADA PRASASTI DI SONGKHLA, dapat dilihat pada prasasti bahasa Thai (dialek Thai Selatan) yang bertulisan Thai, prasasti bahasa Cina dan prasasti bahasa Melayu (bahasa persuratan) yang bertulisan Jawi. | BAHASA | Konsep |
MIKROSKOP ELEKTRON | Mikroskop elektron ialah alat yang menggunakan alur elektron untuk membesarkan imej objek. Mikroskop elektron boleh membeza jelas (menghasilkan gambar yang terang) fitur yang jauh lebih kecil daripada yang dapat dilihat melalui mikroskop optik, yang menggunakan kanta dan cahaya nampak untuk membesarkan imej. Kuasa pembesaran yang hebat menjadikan mikroskop elektron sebagai alat utama penyelidikan dalam bidang biologi, kimia, perubatan, dan metalurgi. Ernst Ruska dan lain-lain ahli sains Jerman telah membina mikroskop elektron yang pertama pada tahun 1931. | UMUM | |