DARAT | DARAT, suatu konsep ruang fizikal masyarakat Melayu yang berorientasikan bentuk muka bumi dalam hubungannya dengan ruang baruh. Biasanya, bahagian darat adalah muka bumi yang lebih tinggi yang berhubungan dengan bahagian yang lebih rendah, iaitu baruh dan juga bahagian yang mungkin mengandungi bentuk berbukit-bukit. Di antara kedua-dua bentuk ruang bumi ini, biasanya dipisahkan oleh ciri-ciri lembah, sungai ataupun paya. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
KERETAPI TANAH MELAYU | KERETAPI TANAH MELAYU, salah satu sistem pengangkutan darat yang utama di Malaysia. Sejarah kereta api di Tanah Melayu bermula dengan pembinaan landasan kereta api dari Johor Bahru ke Gunung Pulai pada tahun 1869. Walau bagaimanapun, pembukaan landasan kereta api Taiping-Port Weld pada 1 Jun 1885 merupakan asasi kepada kehadiran perkhidmatan kereta api Tanah Melayu yang wujud hingga masa kini. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kenderaan/Pengangkutan |
DATO' KELANA SENDENG | DATO’ KELANA SENDENG (? -1872), Penghulu (bertaraf Dato’ Undang) Sungai Ujong yang ke-11 dan yang kelima memakai gelaran Dato’ Kelana. Dia adalah daripada perut hulu daripada dua pecahan waris di darat yang berhak memegang jawatan sebagai Dato’ Kelana. Dia dilantik pada tahun 1850 untuk menggantikan Dato’ Kelana Kawal (m. 1849). Dia memerintah luak Sungai Ujong selama 22 tahun (1850-1872). 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |