Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dari adanya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TERUSAN WAN MAT SAMANat Saman ialah sebuah

terusan di Kedah yang berfungsi mengalirkan air

dari terusan itu ke kawasan penanaman padi.

Panjang Terusan Wan Mat Saman dianggarkan

36 kilometer, iaitu bermula dari Alor Setar hingga

ke Gunung Jerai. Lebarnya pula ialah 7 meter dan

dalamnya ialah 1.5 meter. Dengan adanya Terusan

Wan Mat Saman, sawah yang sebelum ini

bergantung kepada air hujan, mendapat bekalan

air dari Gunung Jerai dan Sungai Kedah. Apabila

berlaku musim hujan dan air berlebihan, dengan

mudah air dari terusan ini dapat dialirkan ke laut.

UMUM 
RANAU

RANAU, daerah di Residensi Pantai Barat Sabah. Ranau dalam bahasa Dusun bererti tanah sawah yang sentiasa basah. Keluasan Ranau ialah 2 977 km persegi. Pekan Ranau terletak di pinggir sebuah sungai dan tanah pamah yang luas, setinggi 914.4 m dari paras laut. Sesetengah orang percaya bahawa di Ranau terdapat sebuah gunung berapi. Ini terbukti dengan adanya mata air panas di Poring, lebih kurang 24 km dari Ranau.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SALIM II

Salim II (930–982 H./1523–1574M.), sultan ke-11

dalam kerajaan Uthmaniyyah atau putera Sultan

Sulayman I. Baginda lahir di Istanbul dan

mewarisi takhta pemerintahan daripada

ayahandanya pada tahun 974 H./1566 M. Selepas

kemangkatan Sultan Sulayman I, kerajaan ini tetap

mengamalkan polisi peluasan negara

sebagaimana tradisi kerajaan Uthmaniyyah sejak

dahulu. Akan tetapi secara beransur-ansur

kerajaan Uthmaniyyah mengalami zaman

kelemahan sejak diperintah oleh sultan ini.

Baginda merupakan antara sultan yang tidak

pernah turun ke medan perang. Walau

bagaimanapun, kerajaannya mengalami banyak

peristiwa penting; antaranya penaklukan pulau

Cyprus dari tangan orang Bonodochia.

Kemenangan tersebut disebabkan adanya

beberapa tokoh terkemuka semenjak zaman

ayahandanya seperti Muhammad Suqlili, Mufti

Besar Abu Sa’ud dan Nasyanji Muhammad Dibyali

al-Qibtan Pasha. Pada zamannya juga, Yaman

dapat diambil semula selepas pemberontakan

yang dicetuskan oleh puak Syi’ah al-Zaydiyyah.

UMUM 
TANJUNG PAGAR

TANJUNG PAGAR, sebuah kawasan strategik di bahagian selatan Singapura, berdekatan dengan Kepulauan Riau. Nama Tanjung Pagar telah dikenali sejak zaman dahulu.  Dalam Sejarah Melayu iaitu semasa pemerintahan Seri Maharaja (1375-1388), ada dicatatkan mengenai peristiwa Singapura dilanggar todak.  Kejadian itu menjadi bencana kepada rakyat Singapura sehinggalah seorang budak bijak mencadangkan penggunaan batang pisang menggantikan betis manusia, bagi membentengi serangan todak.  Benteng pisang yang merupakan `pagar’ ini memberi nama kawasan `Tanjung Pagar’.  Tanjung Pagar juga mungkin mendapat namanya sempena adanya kelong (pagar penangkap ikan) pertama yang didirikan dari daerah perairan sekitarnya sehinggalah daerah Tanjung Malang.  Pelabuhan di Tanjung Pagar juga telah dirakamkan oleh pencatat-pencatat dari negeri China dan Portugas semenjak abad ke-14 lagi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas