KOMUNISME | Komunisme ialah satu sistem politik dan ekonomi yang menjadi satu daripada kuasa paling utama di dunia. Ia membentuk sejarah dari awal tahun 1900-an hingga tahun 1990-an. | UMUM | |
MOZAMBIQUE | Mozambique ialah negara yang terletak di pantai bahagian tenggara benua Afrika. Negara ini terkenal dengan banyak pelabuhannya. Kemudahan yang terdapat di pelabuhannya digunakan oleh negara jiran. Maputo ialah ibu negara, bandar terbesar dan pelabuhan utama. Mozambique diperintah oleh Portugal dari awal tahun 1500-an hingga tahun 1975, apabila ia mendapat kemerdekaan selepas berjuang selama sepuluh tahun menentang pemerintahan Portugal. | UMUM | |
MACDONALD, JAMES RAMSAY | MacDonald, James Ramsay (1866–1937), pemimpin kerajaan pertama Parti Buruh di United Kingdom (UK). Dia berkhidmat sebagai perdana menteri bagi Parti Buruh UK yang pertama pada tahun 1924 dan dari tahun 1929 hingga 1935. MacDonald ialah setiausaha Parti Buruh dari awal penubuhan parti tersebut pada tahun 1900 hingga tahun 1912. | UMUM | |
PROSA BERIRAMA | PROSA BERIRAMA, genre puisi Melayu tradisional. Isi prosa berirama berupa cerita atau naratif panjang, sama seperti cerita lipur lara dalam tradisi lisan dan karya-karya yang tergolong sebagai sastera rakyat atau sastera hikayat dalam tradisi tulisan. Ciri utama prosa berirama ialah keseluruhan cerita tersebut (dari awal hingga akhir) adalah dalam bentuk puisi yang digolongkan sebagai prosa lirik atau prosa berirama. | SASTERA | Karya |
DRAMA MASYARAKAT | DRAMA MASYARAKAT, corak penulisan dan pementasan drama yang mengisahkan tentang masalah masyarakat dan persoalan keluarga semasa. Drama seperti ini popular di Malaysia pada tahun 1960-an. Semasa pementasan, cerita tertumpu di ruang tamu rumah keluarga berkenaan. Dengan demikian, sifat penceritaannya dari awal hingga akhir berlegar dalam set bilik tamu dengan dialog dan aksinya terkawal kepada keadaan di bilik tamu tersebut. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
PAROL | Parol ialah pembebasan awal penjenayah dari penjara. Dalam kebanyakan kes, ia adalah sebagai ganjaran kerana berkelakuan baik. | UMUM | |
SCOTLAND, SEJARAH | Scotland, Sejarah. Peneroka awal di Scotland mungkin telah tiba pada akhir Zaman Ais terakhir. tetapi tinggalan arkeologi yang awal sehingga kini menunjukkan ia bertarikh dari kira-kira tahun 6000 S.M. Penghuni awal Scotland ialah pemburu dan nelayan yang berhijrah mengikut jalan laut dari selatan. Bilangan mereka sangat kecil dan sebahagian besarnya tinggal di kawasan pesisir. Kebudayaannya tergolong dalam Zaman Mesolitik (Zaman Batu Pertengahan). | UMUM | |
POKOK JUDAS | Pokok judas ialah pokok kecil yang berasal dari selatan Eropah. Pokok judas kelihatan cantik terutamanya pada awal musim bunga apabila keseluruhan pokok diliputi bunga halus berwarna samar, setiap satunya panjangnya kira-kira 2.5 sentimeter. Bunganya keluar dari kayu lama dan ranting baru. Ia berbunga sebelum daunnya muncul. Kulit pokok yang berwarna kemerahan adalah licin dan kayunya keras berira rapat. Daunnya berbentuk hati. Pokok judas mengeluarkan banyak biji dalam lenggai yang leper, nipis. Pokok ini dikenali sebagai pokok judas kerana kepercayaan bahawa Judas Iscariot, pembelot Jesus Christ, menggantung dirinya pada pokok demikian. | UMUM | |
NEW FRANCE | New France ialah bekas empayar jajahan Perancis di Amerika Utara. Empayar ini bermula pada awal tahun 1600-an dan bertahan selama kira- kira 150 tahun. Pada zaman kegemilangannya pada awal tahun 1700-an, New France mempunyai tiga buah jajahan takluknya – Kanada, Acadia, dan Louisiana . Kanada dan Acadia meliputi kawasan yang kini dikenali sebagai bahagian timur Kanada. Louisiana terletak di Lembah Sungai Mississippi yang menjadi sebahagian dari Amerika Syarikat. | UMUM | |
KAVALRI | Kavalri ialah unit askar yang berperang dengan menunggang kuda. Pasukan yang pantas menyerang dan boleh bergerak jauh menjadi bahagian penting dalam banyak angkatan tentera dari zaman purba hingga awal tahun 1900-an. | UMUM | |