| PESTA ADELAIDE | Pesta Adelaide diadakan dua tahun sekali. Pesta ini menarik penyertaan para penghibur terkenal dari luar negeri, menggalakkan bakat penghibur tempatan, serta merangsangkan seni kreatif dan lakonan di Australia. | UMUM | |
| BANJAR | BANJAR, suku bangsa campuran pelbagai kaum yang berasal dari luar, yang saling berbeza dalam bahasa dan kebudayaan. | BUDAYA | Konsep |
| SESAR SAN ANDREAS | Sesar San Andreas ialah retak yang panjang pada kerak bumi dan ditandakan oleh zon bumi yang terganggu di California. Sesar ini menganjur lebih kurang 970 kilometer dari luar pinggir pantai barat laut California sehingga ke bahagian tenggara dan berhampiran sempadan Mexico. | UMUM | |
| MEMBELAH KAYU | Membelah kayu ialah sejenis sukan pertandingan yang popular di Australia dan New Zealand. Pertunjukan pertanian negeri ini menarik lebih daripada 150 orang ahli mengapak kayu termasuk peserta dari luar negara. Badan yang menguruskan pertandingan itu di Australia ialah Persatuan Pengapak Kayu Australia. | UMUM | |
| ABU NAWAS | ABU NAWAS, hasil sastera rakyat Melayu yang tergolong dalam cerita jenaka. Cerita ini dianggap sebagai hasil sastera yang berasal dari luar kerana latar cerita dan pelakunya yang tidak bercorak tempatan. Ceritanya berlaku di negeri Baghdad dan Abu Nawas ialah seorang tokoh penyair dan pelawak yang berkhidmat di istana Harun ar-Rasyid. | SASTERA | Konsep |
| NAWAZ SHARIF | Nawaz Sharif (1949– ), perdana menteri Pakistan dari tahun 1990 hingga tahun 1993. Dia dilantik selepas partinya Islamic Democratic Alliance memperoleh kemenangan yang besar dalam pilihan raya kebangsaan. Dasar yang diisytiharkan olehnya adalah untuk menghapuskan perselisihan lama dan kesetiaan parokial. Dia juga mempunyai matlamat untuk mewujudkan integrasi nasional, menggalakkan perindustrian, dan mengurangkan pergantungan bantuan dari luar negara. | UMUM | |
| SEL BAHAN API | Sel bahan api ialah alat yang menghasilkan elektrik daripada bahan api dan pengoksida , iaitu bahan yang berpadu dengan bahan api. Bahan api dan pengoksida bertindak balas secara kimia pada dua elektrod yang berasingan (pengalir elektrik berserta terminal) untuk menghasilkan arus elektrik terus. Bateri menghasilkan elektrik dengan cara yang sama. Tetapi dalam bateri, elektrod itu sendiri adalah bahan api dan pengoksida dan habis digunakan dalam tindak balas tersebut. Dalam sel bahan api, bahan api dan pengoksida ditambah dari luar, dan elektrod kekal tidak berubah. | UMUM | |
| BAHASA-BAHASA SABAH | BAHASA-BAHASA SABAH, bahasa penduduk di Sabah yang tidak terbatas kepada mereka yang sudah beratus tahun tinggal di Sabah dan di Kepulauan Melayu, tetapi juga termasuk mereka yang datang dari luar untuk bermastautin di situ. Dengan itu, bahasa yang dituturkan di Sabah tidak terhad kepada bahasa daripada rumpun Austronesia, tetapi juga bahasa dari rumpun yang lain. Golongan kedua ini diwakili oleh bahasa Cina yang terdiri daripada berbagai-bagai dialek, bahasa dari India, dan juga bahasa Inggeris. Di samping itu, terdapat bahasa Chabacano yang pada hakikatnya tidak termasuk dalam mana-mana rumpun, kerana bahasa yang dibawa oleh pendatang Filipina ini merupakan bahasa Kreol, hasil campuran bahasa Filipina, Sepanyol dan Inggeris. | BAHASA | Bahasa |
| PUTU WIJAYA | PUTU WIJAYA (1944 - ), penulis Indonesia. Dia lahir pada bulan April 1944 di Puri Anom, Tabanan, Bali, Indonesia. Nama sebenarnya ialah I Gusti Ngurah Putu Wijaya. Putu mula bergiat dalam bidang sastera semenjak di Sekolah Menengah Atas Singaraja, Bali. Kemudian dia semakin aktif menulis semasa di Fakultas Undang-Undang, Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta. Di Yogyakarta, Putu menganggotai Bengkel Teater Rendra (1967 – 1969). Di Jakarta, dia mula menganggotai Teater Kecil Ariffin C. Noer dan Teater Popular Teguh Karya (1969 – 1972), sebelum mendirikan kelompok Teater Mandiri. Pengalaman teaternya diperkaya dengan pengalaman yang diperoleh dari luar negara. | SASTERA | Tokoh |
| ANGSA CAPE BARREN | Angsa Cape Barren ialah sejenis burung besar yang luar biasa dari Australia. Burung ini berukuran lebih kurang 85 sentimeter panjang, dan depa sayapnya 1.7 meter. Bulunya berwarna kelabu dan paruhnya berwarna hitam. Burung ini membiak hanya di pulau-pulau di Selat Bass dan Recherche Archipelago, di Australia Barat. | UMUM | |