TAJWID | Perkataan tajwid dari sudut bahasa ialah kata terbitan dari kata kerja yang bererti memperelok. | AGAMA | Konsep |
ZUCKERMAN, LORD | Zuckerman, Lord (1904–1993) ialah ketua penasihat sains kerajaan United Kingdom dari tahun 1964 hingga tahun 1971. Tugas utamanya ialah menasihati setiausaha luar tentang perlucutan senjata dari sudut sains. Pada masa yang sama, dia bertindak sebagai ketua penasihat sains kepada setiausaha negara bagi pertahanan. | UMUM | |
PASAR-PASAR ARAB | Pasar-pasar Arab ialah kelab-kelab sastera yang didirikan pada zaman Jahiliah dan Islam. Ia memainkan peranan penting kepada kehidupan orang Arab dari sudut keagamaan, kebudayaan, ekonomi, dan sosial. Di sini akan diketengahkan pengenalan mengenai pasar-pasar yang terkenal, tempat, tarikh, matlamat, dan pengaruh pasar- pasar tersebut. | UMUM | |
MITCHELL, MARGARET | Mitchell, Margaret (1900–1949) ialah pengarang Amerika yang menghasilkan novel Gone with the Wind (1936), salah sebuah novel yang sangat popular. Novel ini memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun 1937 bagi kategori fiksyen. Gone with the Wind ialah kisah tentang Negeri-negeri Selatan Amerika semasa Perang Saudara Amerika, dari sudut pandangan penduduk di negeri selatan Amerika. | UMUM | |
AYCKBOURN, ALAN | Ayckbourn, Alan (1939– ), penulis drama dan pengarah teater British, menjadi terkenal kerana komedinya. Banyak komedinya memaparkan pelbagai aspek kehidupan di bandar. The Norman Conquests (1974) merupakan sebuah trilogi (kumpulan tiga drama) yang mengisahkan parti di rumah hujung minggu yang sama dari sudut pandangan tiga orang yang berbeza. Joking Apart (1979) mengisahkan bagaimana pasangan yang dominan lama-kelamaan berjaya menguasai hidup jiran-jiran mereka di subbandar. Lain-lain drama Ayckbourn termasuk Absurd Person Singular (1973), Sisterly Feelings (1980), Chorus of Disapproval (1985) dan Henceforward (1987). Ayckbourn juga terlibat dalam filem muzikal. | UMUM | |
PANTUN | PANTUN, genre puisi Melayu tradisional. Pantun adalah antara bentuk puisi yang tertua dalam tradisi budaya Melayu, selain mantera. Pantun menggambarkan jiwa dan peribadi bangsa Melayu dari sudut keindahan bahasanya. Hampir semua suku bangsa di Alam Melayu mempunyai bentuk pantunnya dalam dialek atau bahasa masing-masing. | SASTERA | Konsep |
KAUM MUDA-KAUM TUA | KAUM MUDA-KAUM TUA, dua garis fahaman keagamaan di Nusantara. Golongan Kaum Muda-Kaum Tua di Nusantara muncul pada dasawarsa pertama abad ke-20. Golongan Kaum Tua berpegang pada pemikiran dan amalan tradisional dan golongan Kaum Muda pula menginginkan pembaharuan yang tidak dikongkong oleh tradisi yang ada dari sudut permasalahan agama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
GRES | GRES, kumpulan 17 cerpen karya Putu Wijaya. Kumpulan cerpen ini diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta pada tahun 1982. Cerpen yang terhimpun dalam kumpulan ini memperlihatkan suatu kecenderungan baharu dalam penampilan karya-karya Putu Wijaya iaitu jagat raya realiti yang berbaur dengan jagat impian yang saling menyatu dan amat sukar untuk melihat batas pemisahnya. Dari sudut ini, cerpen Putu Wijaya harus dirujuk pada hakikat cereka sebagai lojik cereka bahawa realitinya adalah realiti imaginatif. | SASTERA | Karya |
BUKHARI AL-JAUHARI | BUKHARI AL-JAUHARI ( ? - ? ), tokoh kesusasteraan Melayu klasik. Namanya dikatakan mempunyai maksud Bukhari dari Johor. Walau bagaimanapun pernah timbul percanggahan pendapat tentang namanya yang boleh juga membawa erti ‘Bukhari Saudagar Permata’ kerana perkataan Bukhari merujuk kepada seorang yang pakar tentang batu-batu permata. Dari sudut perlambangan, nama Bukhari al-Jauhari mungkin mengandungi maksud bahawa sebagai seorang pengarang (Bukhari), dia mempunyai pengetahuan (permata) yang mendalam tentang apa yang diperkatakannya dalam karyanya. Kekeliruan tentang nama ini timbul kerana perkataan ‘jauhar’ bermakna permata tetapi mengikut Rouffiaer (seorang sarjana Belanda), sememangnya nama negeri Johor berasal daripada kata jauhar yang bermakna permata. | SASTERA | Tokoh |
TIFFANY, LOUIS COMFORT | Tiffany, Louis Comfort (1848–1933) ialah pereka bentuk kaca berwarna yang ulung pada akhir tahun 1800-an dan awal tahun 1900-an. Dia merupakan tokoh penting Amerika dalam penciptaan gaya seni antarabangsa yang dikenal sebagai art nouveau . Gaya ini berkembang dari tahun 1890-an hingga lebih kurang tahun 1910 (lihat Art nouvean ). Tiffany lahir di New York City. Bapanya, Charles Lewis Tiffany, memulakan perniagaan barang kemas yang terkenal. Tiffany memulakan kerjayanya sebagai pelukis, tetapi kemudian meminati seni hiasan, terutama kaca berwarna. Pada tahun 1879, dia menubuhkan syarikat perkongsian dengan beberapa pelukis moden. Syarikat ini mengkhusus kepada reka bentuk dan hiasan dalaman sezaman. Pada tahun 1880, Tiffany memohon paten untuk kaca berwarna yang iridesen – iaitu yang bertukar warna jika dilihat dari sudut berlainan. Pada tahun 1885, dia memulakan syarikat kacanya sendiri. Pada tahun 1894, dia mendaftarkan nama Favrile untuk hasil kerja kaca iridesen buatan tangannya. Lihat juga Kaca (gambar; Tingkap kaca berwarna). | UMUM | |