SURAH AL-DHARIYAT | Surah al-Dhariyat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-51 mengikut susunan surah-surah dalam al-Qur’an dan mengandungi 60 ayat. Surah ini dinamakan al- Dhariyat kerana Allah S.W.T. bersumpah dengan nama al-Dhariyat yang bermaksud angin kencang yang menerbangkan semua benda. Seperti surah Makkiyyah yang lain, Surah al-Dhariyat juga menekankan aspek-aspek keimanan kepada kekuasaan Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa dan pembinaan akidah yang kukuh yang berasaskan ketakwaan dan keimanan. | UMUM | |
ORANG KREOL | Orang Kreol, di Amerika Selatan atau Amerika Utara, ialah individu yang nenek moyangnya peneroka Perancis atau peneroka Sepanyol awal di Dunia Baru. Perkataan Kreol berasal daripada perkataan Sepanyol criollo yang bererti penduduk asal tempat itu . Istilah itu juga merujuk kepada makanan Kreol dan aspek-aspek lain kebudayaan Kreol. Di Amerika Syarikat, orang Kreol ialah keturunan peneroka Perancis atau peneroka Sepanyol di Negeri-negeri Teluk seperti Louisiana. Kebanyakan orang Kreol bertutur dalam bahasa Perancis, Sepanyol, atau Portugis. Makanan orang Kreol ialah gumbo , sejenis sup, dan praline , sejenis gula-gula. | UMUM | |
SENI POP | Seni pop ialah gerakan seni yang berasal di England pada tahun 1950-an tetapi menjadi terkenal di Amerika Syarikat pada tahun 1960-an. Banyak artis seni pop menggunakan ilustrasi komersial “bukan artistik”, biasa dan sehari-harian sebagai asas karya mereka. Kebanyakan karya yang dihasilkan oleh artis ini bersifat satira atau tidak serius dari segi isinya. Walau bagaimanapun, penggunaan bentuk dan tema daripada budaya rakyat oleh artis ini bertujuan untuk menurunkan nilai yang dianggap sebagai aspek-aspek yang terlalu sukar atau peribadi dalam bentuk seni halus tradisional. | UMUM | |
BAIT | BAIT, rangkap dalam puisi. Kata bait itu sendiri adalah dari bahasa Arab ‘bayt’ yang bermakna rumah atau khemah. Satu rangkap puisi Arab dikatakan sebuah bait iaitu terdiri daripada dua ‘misra’, dua kerat atau dua larik, atau satu kuplet daripada keseluruhan sebuah puisi. Bait-bait puisi itu pula hendaklah sesuai dengan kaedah, susunan atau aspek-aspek estetika puisi tersebut. Dalam puisi Melayu tradisional, bait ialah suatu rangkap puisi Arab atau Parsi yang diturunkan dalam bahasa asalnya serta diberikan terjemahannya dalam bahasa Melayu. Misalnya: Dalam Sejarah Melayu edisi Shellabear (1975), pada kisah Tun Teja dengan perempuan tua pelulut, diberikan suatu bait puisi Arab: La ta’mananna ‘ajuzatan tadkhulu fi’l-khba’i\Hal ta’mananu asadan ma’a’l-aghnami. | SASTERA | Konsep |
SOFBOL | Sofbol ialah permainan yang popular yang dimainkan oleh lebih daripada 30 juta orang di seluruh dunia. Sofbol hampir sama dengan besbol, tetapi peraturan bagi kedua-dua sukan itu berbeza dalam beberapa aspek. Pembalingan untuk sofbol mestilah dibuat secara underhand (bawah), dan pelari garisan belakang mesti menanti di garisan belakang sehingga pembaling melepaskan bola. Sofbol hanya memerlukan ruang dan peralatan yang sedikit, dan setiap perlawanan kawalan cuma memerlukan tujuh ining dan tidak sembilan seperti besbol. | UMUM | |
SURAH AL-QADR | Surah al-Qadr ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-97 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi lima ayat. Surah ini dinamakan al-Qadr kerana perkara yang dibincangkan dalam surah ini ialah Laylatul Qadr, iaitu malam yang penuh keberkatan kerana al- Qur’an al-Karim diturunkan pada malam tersebut. Surah al-Qadr, seperti juga dengan surah-surah lain yang diturunkan di Makkah, menyentuh prinsip-prinsip akidah Islam dan aspek yang disentuh dalam surah ini ialah turunnya mukjizat Rasulullah s.a.w. yang terbesar, iaitu al-Qur’an al- Karim. | UMUM | |
TARKINGTON, BOOTH | Tarkington, Booth (1869–1946) ialah penulis novel dan drama Amerika. Karyanya dianggap sebagai salah satu gambaran yang terbaik bagi keseluruhan aspek kehidupan di barat tengah, Amerika Syarikat. Karya Tarkington meliputi pelbagai jenis daripada Monsieur Beaucaire (1900) yang sentimental dan romantik kepada Penrod (1914) yang penuh jenaka, dan Alice Adams (1921) sebuah karya realisme. Karya novel triloginya berjudul Growth (1927) memaparkan keratan rentas kehidupan di bandar seperti yang terdapat di bandar kelahirannya, Indianapolis, Indiana, Amerika Syarikat. Novel triloginya merangkumi The Turmoil (1915), The Magnificent Ambersons (1918), dan The Midlander (1923). Penrod, Penrod and Sam (1916), dan Seventeen (1916) memaparkan kegembiraan dan masalah golongan muda. | UMUM | |
SACKVILLE-WEST, VICTORIA MARY | Sackville-West, Victoria Mary (1892–1962) ialah penulis wanita Inggeris. Bukunya menggambarkan latar belakang keluarganya, daripada golongan bangsawan luar bandar. Dia sering dikenali sebagai Vita Sackville-West. Novelnya yang terkenal, The Edwardians (1930), menyelidik kehidupan kelas atasan orang Inggeris semasa pemerintahan Edward VII pada awal tahun 1900-an. Dengan berlatarbelakangkan kawasan luar bandar, buku tersebut cuba menggambarkan aspek sosial dan emosi pada masa tersebut. Dia juga menulis tentang kehidupan luar bandar dalam novel All Passion Spent (1931) dan The Dark Island (1934); dalam buku bukanfiksyen Country Notes (1939), English Country Houses (1941) dan In Your Garden (1951); dan dalam banyak puisi. Buku puisinya yang terkenal ialah The Land (1929). | UMUM | |
PUISI KABUR | PUISI KABUR, genre puisi dalam kesusasteraan Melayu moden. Istilah puisi kabur mula dibicarakan dalam kesusasteraan Melayu moden sekitar tahun 1957. puisi kabur memperlihatkan satu perkembangan yang baharu lagi unik, yang menyimpang daripada konvensi, khususnya dari aspek pemikiran, bahasa dan penggunaan simbol. Puisi-puisi ini umumnya disebut sebagai puisi kabur kerana sukar difahami. Antara pelopor puisi kabur ialah A.S. Amin, M. Ghazali dan Noor S.I. | SASTERA | Konsep |
ARES | Ares ialah dewa perang dalam mitologi Yunani. Ares ialah anak lelaki kepada Zeus dan Hera, raja dan permaisuri segala dewa. Dewi orang Rom Mars menyerupai Ares, tetapi Ares kurang penting dari segi moral dan agama bagi orang Yunani daripada Mars bagi orang Rom. Ares mencerminkan aspek perang yang paling kejam dan ganas. Orang Yunani, yang meletakkan sedikit nilai pada kualiti ini, tidak menghormati Ares. | UMUM | |