BUDI DARMA | BUDI DARMA (1937 - ), penulis dan pengkritik kesusasteraan Indonesia. Dia lahir pada 25 April 1937 di Rembang, Jawa Tengah, Indonesia. Dia mendapat pendidikan tinggi dalam urusan sastera Inggeris di Fakultas Sastra dan Kebudayaan, Universitas Gajah Mada, Yogyakarta (1963). Dari tahun 1970 hingga tahun 1971, dia pernah ke University of Hawaii, Honolulu untuk memperdalam pengetahuannya. Kemudian dia ke University of Indiana, Bloomington, Amerika Syarikat untuk mendapatkan ijazah Sarjana Sastera (1976) dan ijazah Doktor Falsafah (1980). | SASTERA | Tokoh |
ORANG-ORANG BLOOMINGTON | ORANG-ORANG BLOOMINGTON, kumpulan cerita pendek karya Darma yang diterbitkan pada tahun 1980. Buku setebal 188 halaman ini memuatkan tujuh buah cerita pendek, iaitu “Laki-laki Tua Tanpa Nama”, “Joshua Karabish”, “Keluarga M”, “Orez”, “Yorrick”, “Ny. Elberhart”, dan “Charles Lebourne”. Walaupun judul buku ini Orang-orang Bloomington, tetapi empat ceritanya pengisahkan pendatang yang tinggal untuk sementara di kota kecil itu. Semua cerita bersudut pandangan pencerita “akuan”. Justeru, cerita tentang tokoh ‘aku’ ini yang selalu menonjol, dan dalam beberapa hal mempersatukan tujuh buah cerita pendek ini sebagai satu kesatuan. | SASTERA | Penerbitan |
OLENKA | OLENKA, novel karya Budi Darma. Novel ini diterbitkan pada tahun 1983. Olenka mengandungi 232 halaman dan mempunyai empat bab utama, dan setiap bab mempunyai sejumlah subjudul. Novel ini berlatarbelakangkan Amerika Syarikat dengan semua tokoh terdiri daripada orang Amerika. Tiap subjudul diberi catatan kaki yang diperlukan. | SASTERA | Karya |
ISKANDAR MUDA MAHKOTA ALAM | ISKANDAR MUDA MAHKOTA ALAM (1591-1636), Sultan Aceh. Dia lahir pada bulan Januari 1591. Semasa kecil dia bernama Darma Wangsa atau nama timang-timangannya, Tun Pangkat. Dia ialah anak sulung Mansur Syah dan Puteri Diraja Ratna Wangsa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |