Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datangnya

Puisi
 

Baju Melayu butangnya lima,
     Datangnya asal di Teluk Belanga;
Jangan tuan suka menghina,
     Kita sama-sama hidup di dunia.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Mendaki bukit berkaki dua,
     menurunnya berkaki seribu.

Bermaksud :

Hendak mencapai kesenangan sangat sukar dan lambat, tetapi kemusnahan dan kerosakan sangat cepat datangnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MINYAK NILAM

Minyak nilam ialah minyak yang berbau kuat

yang digunakan untuk membuat minyak wangi.

Minyak ini datangnya daripada daun nilam, iaitu

anggota famili pudina. Daunnya dikeringkan dalam

cahaya matahari. Ia kadangkala dibiarkan mengalami

penapaian (perubahan kimia yang menguraikan

bahan terbentuk). Kemudian, stim dilalukan pada

daun untuk mengeluarkan minyaknya. Peladang

menanam nilam di China, India, Indonesia, Filipina,

dan Singapura.

UMUM 
KEKABU

Kekabu ialah serat bak kapas yang ringan, lembut

dan berkilat. Ia terdiri daripada terutamanya

selulos bahan tumbuhan. Kekabu datangnya

daripada lenggai biji kekabu. Pokok kekabu

tumbuh di Indonesia, Malaysia, Filipina, India, Sri

Lanka, bahagian tropika Amerika dan Afrika.

UMUM 
KEMBANGAN MERAH

Kembangan merah ialah istilah yang

digunakan untuk kawasan air laut, sungai, atau

tasik yang berwarna keperang atau kemerahan.

Warna ini datangnya daripada organisma

mikroskopik yang secara tiba-tiba meningkat

berjuta-juta jumlahnya. Kawasan yang berwarna ini

mungkin menganjur daripada beberapa meter

persegi hingga kepada lebih daripada 2500

kilometer persegi. Lamanya daripada beberapa

jam hingga beberapa bulan. Kembangan merah

berlaku di perairan di kebanyakan bahagian di

dunia.

UMUM 
PARI TORPEDO

Pari torpedo juga dikenali sebagai pari elektrik,

ialah sejenis pari yang hidup di laut panas. Nama

pari elektrik datangnya daripada kebolehannya

menerbitkan kuasa elektrik daripada organ yang

betul-betul di bawah kepala dan insangnya.

UMUM 
PERSEPS

Persepsi ialah satu proses yang melaluinya kita

dapat menerima dan mentafsir segala maklumat dari

dunia sekeliling kita. Dunia sekeliling kita

mengandungi pelbagai jenis dan tahap tenaga fizikal.

Pengetahuan kita tentang dunia datangnya dari

organ-organ deria yang bertindak balas dengan

tenaga fizikal berkenaan. Sesetengah jarak

gelombang radiasi elektromagnetik merangsang

mata kita. Telinga kita mendengar beberapa jenis

getaran mekanikal di udara. Hidung dan lidah pula

adalah sensitif kepada rangsangan bahan-bahan

kimia tertentu. Sesetengah organ di dalam kulit kita

bertindak kepada tekanan, perubahan suhu dan

pelbagai rangsangan yang berkaitan dengan rasa

sakit. Organ-organ deria yang terdapat pada sendi,

tendon dan otot kita adalah sensitif kepada gerakan

dan kedudukan tubuh.

UMUM 
ALBERTA

Alberta (pend. 2 545 533) ialah provinsi di barat

Kanada dan salah satu kawasan pengeluaran

minyak yang paling besar di Amerika Utara. Lebih

kurang 80 peratus daripada minyak Kanada dan

lebih kurang 90 peratus daripada gas asli Kanada

datangnya dari provinsi ini.

UMUM 
TASIK ALBERT

Tasik Albert, juga dikenal sebagai Albert

Nyanza, salah sebuah punca Sungai Nil. Tasik ini

terletak di antara Uganda dengan Zaire. Ia meliputi

kira-kira 4248 kilometer persegi. Panjangnya kira-kira

160 kilometer dan lebarnya kira-kira 32

kilometer. Air Tasik Albert datangnya dari Tasik

Edward di selatan melalui Sungai Semliki dan

mengalir keluar ke utara melalui Nil Albert. Tasik

Albert dinamakan sempena suami Ratu Victoria

dari Great Britain.

UMUM 
ROADRUNNER

Roadrunner ialah burung yang terbang pantas,

yang hidup di atas tanah, yang terdapat di semak

samun di barat daya Amerika Syarikat dan Mexico.

Roadrunner boleh terbang, tetapi ia paling selesa

tinggal di atas tanah. Ia boleh berlari selaju 24

kilometer sejam. Nama roadrunner datangnya

daripada tabiat burung ini yang suka berlari di

jalan raya di hadapan kenderaan yang bergerak

dan kemudian meluru ke dalam semak samun

untuk menyelamatkan diri. Nama-nama lain bagi

burung ini termasuk chaparral cock, ground

cuckoo dan snake killer.

UMUM 
KUMBAHAN

Kumbahan ialah air yang mengandungi jirim

buangan yang dihasilkan oleh manusia. Kumbahan

juga dikenali sebagai air buangan. Ia mengandungi

kira-kira satu per sepuluh daripada satu peratus

jirim pepejal. Kumbahan datangnya dari sink dan

tandas di rumah kediaman, restoran, bangunan

pejabat dan kilang. Kumbahan mengandungi bahan

larut yang tidak boleh dilihat, berserta cebisan

jirim pepejal seperti najis manusia dan sampah

yang telah dikisar. Sesetengah kumbahan juga

mengandungi tanah dan air larian permukaan

yang berlaku selepas ribut atau banjir. Kebanyakan

kumbahan juga mengandungi bahan kimia yang

berbahaya dan bakteria yang boleh mendatangkan

penyakit.

UMUM 
TEH LABRADOR

Teh Labrador ialah nama bagi enam spesies

tumbuhan malar hijau yang kecil dalam famili

heather . Ia tumbuh di kawasan bencah di Eropah

Utara, di utara dan subartik Amerika Utara, dan

Greenland. Daunnya mempunyai bahan narkotik

yang tidak kuat dan digunakan sebagai teh dan

sebagai ganti hop untuk membuat bir. Tanin, yang

digunakan untuk menyamak kulit haiwan, juga

datangnya daripada daun ini.

Pengelasan saintifik. Teh Labrador adalah anggota

famili heath, Ericaceae. Ia tergolong dalam genus Ledum.

Lihat juga Bunga (gambar: Bunga di hutan jarang

dan hutan).

UMUM 
12

Kembali ke atas