DATARAN | Dataran ialah kawasan tanah yang luas, hampir rata dan tidak terdapat perubahan ketinggian yang mendadak. Dataran biasanya lebih rendah daripada tanah di sekitarnya dan boleh ditemui di tepi pantai ataupun di kawasan pedalaman. | UMUM | |
DATARAN TINGGI BARKLY | Dataran Tinggi Barkly ialah penara yang luas di Wilayah Utara dan Queensland, Australia. Dataran ini terletak selari dengan pantai selatan Teluk Carpentaria, kira-kira dari Daly Waters hingga Mount Isa. Ia terletak lebih daripada 300 meter berhampiran sempadan di antara Wilayah Utara dengan Queensland. Kawasan ini merupakan kawasan ragut terbaik di Wilayah Utara. | UMUM | |
DATARAN HAKIS | Dataran hakis, suatu ketika merupakan kawasan berbukit dan bergunung-ganang tetapi kini hampir menjadi rata akibat hakisan. Dataran hakis terbentuk di kawasan beriklim lembap. | UMUM | |
DATARAN BESAR | Dataran Besar ialah padang rumput kering yang luas di Amerika Utara. Ia merupakan kawasan pertanian dan perlombongan yang penting. Dataran Besar ini terbentang kira-kira 4000 kilometer dari utara Kanada ke New Mexico dan Texas di Amerika Syarikat. | UMUM | |
DATARAN NULLARBOR | Dataran Nullarbor ialah penara batu kapur kering yang terletak di Australia Barat dan barat daya Australia Selatan. Ia merupakan kawasan yang tidak mempunyai sungai di permukaannya. Ia mendapat hujan purata kurang daripada 254 milimeter setahun. Hujan yang turun di atas dataran ini lenyap dengan cepat melalui batu kapur. | UMUM | |
DATARAN PANTAI ATLANTIK | Dataran Pantai Atlantik lihat Amerika Syarikat (Tanah Pamah Pantai). | UMUM | |
TARIAN DATARAN | Tarian dataran ialah sejenis tarian rakyat di Amerika Utara yang dilakukan secara berkumpulan yang dianggotai oleh empat pasang penari. Pasangan ini boleh menari mengikut susunan segi empat ataupun dalam susunan bulatan yang dikenali sebagai set larian . Mereka juga boleh menari berbaris memanjang , dengan dua baris pasangan bertentangan. | UMUM | |
DATARAN BANJIR | Dataran banjir, permukaan pamah berhampiran sungai yang terdiri daripada enapan yang dimendapkan di kiri dan kanan alur sungai. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |
AMERIKA | Amerika ialah dataran besar di Hemisfera Selatan. Amerika terdiri daripada Amerika Utara dan Amerika Selatan. Tanah besar Amerika ialah dataran yang terpanjang di bumi, dari utara ke selatan. Jarak yang paling jauh dari utara ke selatan pula ialah 14 000 kilometer, dari Semenanjung Boothia di Kanada hingga ke Cape Froward di Chile. Titik paling hujung ke barat benua tersebut terletak di Semenanjung Seward di pantai barat Alaska. Bahagian timur laut Brazil ialah titik paling hujung ke timur. Amerika juga meliputi banyak pulau yang terletak di utara, selatan, timur, dan barat benua tersebut. Amerika Utara dan Amerika Selatan dihubungkan oleh satu jambatan darat yang paling sempit di Segenting Panama. | UMUM | Umum |
AYAM PRAIRI | Ayam prairi ialah nama dua spesies unggas Amerika Utara. Unggas ini hidup di dataran tengah dan dataran barat Amerika Syarikat. Ayam prairi besar panjangnya lebih kurang 45 sentimeter dan beratnya lebih kurang satu kilogram. Bulunya coklat kekuning-kuningan dan putih di bahagian atas, serta dilintangi jaluran hitam, putih dan berjalur di bawahnya. Kepalanya berwarna kuning air dengan jaluran perang coklat. Ayam prairi kecil lebih kecil, iaitu lebih kurang 40 sentimeter panjang. Bulunya lebih pucat daripada bulu ayam prairi besar. | UMUM | |