Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata date


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOHD. SALLEH DAUDMOHD.  SALLEH DAUD (1923-1995), penulis dan wartawan. Dia lahir pada date Month="11" Day="17" Year="1923">17 November 1923date> di Kampar, Perak. Selain menggunakan  nama Salleh Daud, dia juga menggunakan nama pena M.S. Daud. Mohd. Salleh mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Temoh dan kemudian dia meneruskan pelajaran di Anglo Chinese School, Kampar hingga lulus Junior Cambridge. Dia juga pernah menuntut di Anderson School, Ipoh hingga lulus Senior Cambridge. SASTERATokoh
AOH K. HADIMADJA

penulis Indonesia.  Dia lahir pada date Month="9" Day="15" Year="1911">15 September 1911date> di Bandung, Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Aoh Kartahadimadja.  Dia mendapat pendidikan di Meer Uitgedreid Lager Onderruvijis (MULO).  Aoh pernah bekerja di perkebunan Parakan Salak, Sukabumi, Jawa Barat, Pusat Kebudayaan, di Jakarta, Balai Pustaka, Mimbar Umum, Medan (1950-1952), Sticusor Amsterdam (1952-1956), BBC London Bahagian Indonesia (1959-1970) dan PT Dunia Pustaka Jaya (1971-1973).

SASTERATokoh
FRANS NADJIRA

FRANS NADJIRA (1942 -      ), penulis Indonesia. Dia lahir pada date Month="9" Day="3" Year="1942">3 September 1942date> di Makasar, Sulawesi, Indonesia. Sejak muda dia gemar belayar dengan perahu Bugis sampai di Medan dan Sandakan. Dia juga pernah bekerja di hutan Kalimantan. Pengalamannya ini banyak terakam dalam beberapa karya sasteranya. Pada tahun 1979, dia bersama-sama Arswendo Atmowiloto menghadiri International Writing Program di lowa City, Amerika Syarikat, mewakili sasterawan Indonesia dalam pertemuannya dengan sasterawan dunia.

SASTERATokoh
FIRDAUS ABDULLAH

FIRDAUS ABDULLAH  (1944 -         ), penulis. Dia lahir pada date Month="6" Day="3" Year="1944">3 Jun 1944date> di Kuang, Selangor. Dia mendapat ijazah Sarjana Politik dari Ohio University (1971), ijazah Sarjana Falsafah (1975) dan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik (1980), kedua-duanya dari Columbia University, Amerika Syarikat. Firdaus pernah bekerja dengan kumpulan akhbar The New Straits Times sebagai wartawan Berita Harian; pengajar Bahasa Melayu dan ‘Malaysian Civics’ kepada sukarelawan Amerika di Kampus Hilo, University of Hawai, Amerika Syarikat serta menjalankan tugas sebagai pensayarah di Universiti Malaya.

SASTERATokoh
BADARUDDIN H.O.

BADARUDDIN H.O. (1942 -     ), penyair Negara Brunei Darussalam. Dia lahir pada 23 September 1942 di Kampung Burung Pingai Air, Brunei Darussalam. Nama sebenarnya ialah Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Haji Othman. Setelah dia dikurniai gelaran oleh Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam pada date Month="11" Day="6" Year="1984">6 November 1984date>, dia dikenal sebagai Pehin Udana Khatib Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Haji Othman (salah seorang Menteri Agama, Brunei). Dia menerima pendidikan asas di Brunei. Dari tahun 1956 hingga tahun 1961, Badaruddin melanjutkan pelajaran di Sekolah Arab al-Juneid, Singapura. Setelah itu dia meneruskan pelajaran di Kolej Islam Kelang. Dari tahun 1968 hingga tahun 1971, dia ke Al-Jami’ah al-Azhar, Mesir dan lulus dengan memperoleh ijazah Sarjana dalam bidang Siasah Perundangan Islam.

SASTERAKonsep
MOHD. JEMURI SARJAN, TAN SRI

MOHD. JEMURI SARJAN, Tan Sri  (1929-    ), Hakim Besar Borneo. Dia lahir pada date Month="9" Day="10" Year="1929">10 September 1929date>, di Kuching, Sarawak. Dia mendapat pendidikan awal di Kuching, Sarawak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PARTI PERIKATAN SABAH

PARTI PERIKATAN SABAH, parti politik.  Parti Perikatan Sabah merupakan gabungan empat buah parti politik yang terdiri daripada United Pasok Momogun Kadazan Organisation (UPKO) yang mewakili bumiputera bukan Islam iaitu kaum Dusun-Kadazan dan Murut; Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang mewakili bumiputera Islam iaitu kaum Bajau, Suluk, Brunei, Iranun dan Bisaya; Sabah Chinese Association (SCA) yang mewakili kaum Cina dan Sabah Indian Community (SIC) yang mewakili kaum India. Parti ini didaftarkan pada date w:st="on" Month="11" Day="13" Year="1962">13 November 1962date>.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan

Kembali ke atas