Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : gelaran bagi isteri seseorang yg telah dianugerahi gelaran kehormatan Datuk (atau Dato’); ~ Seri gelaran bagi isteri seseorang yg bergelar Datuk Seri (Dato’ Seri). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 gelaran bagi isteri Datuk. 2 gelaran kehormatan bagi perempuan yg setaraf dgn gelaran Datuk: ~ Fatimah ialah menteri wanita yg pertama di Malaysia. ~ Paduka; ~ Seri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RAFEAH BUANG, DATIN

RAFEAH BUANG, Datin (1948 -     ), penyanyi. Dia lahir pada 25 Julai 1948, di Kampung Pisang, Singapura. Dia mendapat pendidikan awal dan menengah di Singapura.

BUDAYATokoh
SITI HASMAH MOHD. ALI

SITI HASMAH MOHD. ALI, Datin Seri (1926 -       ), doktor perubatan dan tokoh kebajikan.  Dia lahir pada 12 Julai 1926 di Kampung Jawa, Kelang, Selangor.  Bapanya, Haji Mohd. Ali bin Taib adalah pegawai kerajaan manakala ibunya Hajah Siti Khatijah binti Ahmad, seorang suri rumah tangga.  Siti Hasmah merupakan anak keenam dalam keluarga.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ANN ABDUL MAJID

ANN ABDUL MAJID,  Datin (1928 -          ), tokoh kebajikan masyarakat. Dia lahir pada 20 Mac 1928 di Kuala Lumpur.  Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kampung Baru pada tahun 1934 dan kemudian dia meneruskan persekolahan di Sekolah Convent Kuala Lumpur pada tahun 1938.  Dia melanjutkan pengajian di London School of Economics dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan mendapat Diploma of Social Sciences.  Dia juga mendapat Diploma in Administratration of  Rehabilitation Services, Toronto, Kanada.

BUDAYAKonsep
LILY ABDUL MAJEED

LILY ABDUL MAJEED, Datin Seri (1921–    ), pendidik dan aktivis pergerakan wanita. Dia lahir pada 14 Mac 1921 di Kuala Lumpur. Pendidikan Lily bermula di Sekolah Kampung Baharu, Kuala Lumpur antara tahun 1927 hingga tahun 1931. Kemudian Lily melanjutkan pelajaran di Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur hingga lulus Senior Cambridge pada tahun 1939.

BUDAYATokoh
PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA

PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA, bahagian penting dalam parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).  Bahagian ini pada asalnya dikenal sebagai Jabatan Kaum Ibu UMNO yang ditubuhkan pada akhir tahun 1947 dengan Puan Sri Datin Hajah Puteh Mariah Ibrahim Rashid sebagai ketuanya.  Ia kemudian dinamakan Pergerakan Kaum Ibu (PKI) UMNO pada 25 Ogos 1949.  Pada 1971, ia dikenal sebagai Pergerakan Wanita UMNO (PWU).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan

Kembali ke atas