DATU MUSTAPHA DATU HARUN, TUN | Datu Mustapha Datu Harun, Tun (1918– 1995), Yang Dipertua Negeri Sabah yang pertama (1963–1967) dan Ketua Menteri Sabah dari bulan Mei 1967 hingga 30 Oktober 1975. | UMUM | |
DATU ALI | DATU ALI (? -1909), pemimpin Islam di Cotabato, Filipina Selatan pada akhir abad ke-19. Datu Ali dan Datu Piang ialah orang kanan Datu Uto. Pengaruh Sepanyol yang semakin meluas dan kuat menyebabkan kuasa politik Datu Uto menjadi lemah dan penyokongnya mula menjauhkan diri. Penguasaan Sepanyol ke atas Filipina berakhir apabila Perjanjian Paris 1898 dimeterai dan Filipina diserahkan kepada Amerika. Tindakan Sepanyol meninggalkan Cotabato menimbulkan keadaan huru-hara dan ketegangan di kalangan penduduk Cotabato yang beragama Kristian apabila datu-datu di Cotabato berebut-rebut untuk meluaskan kuasa mereka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DATU PIANG | DATU PIANG (? -1902), pemimpin tradisional di Cotabato, selatan Filipina pada akhir abad ke-19. Dia juga dikenal dengan nama Amai Mengka dan Tuye Tan, mempunyai darah campuran Cina dan Maguindanao. Datu Piang mendapat kepercayaan Datu Uto, orang yang paling berkuasa di lembah Sungai Pulangi atau Cotabato, sehingga dia dilantik sebagai orang kanan Datu Uto untuk mengurus semua harta dan perbelanjaan Datu Uto. Dia juga menantu Datu Ayunan, salah seorang datu yang berpengaruh di Cotabato. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
LAHAD DATU | LAHAD DATU, petempatan masyarakat keturunan Sabah. Dalam bahasa Bajau, ‘Lahad’ bererti tempat dan ‘Datu’ pula merujuk pada penduduk berketurunan datu di Sabah. Lahad datu ialah salah satu daripada tiga daerah utama dalam bahagian Tawau, Sabah. Dua daerah lain merujuk pada daerah Tawau dan Semporna. Lahad Datu terletak di bahagian timur negeri Sabah, iaitu di bahagian utara Teluk Darvel dengan keluasan kawasan 11 025 km persegi, dan lebih kurang 482 km jauhnya dari Kota Kinabalu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
DATU DIMANSAKAY | DATU DIMANSAKAY (? -1597), Sultan Maguindanao yang keempat. Kesultanan Maguindanao telah diasaskan oleh Sharif Muhammad Kebongsuan pada awal abad ke-16. Baginda menaiki takhta pada sekitar tahun 1579. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DATU UDTOG MATALAM | DATU UDTOG MATALAM (1900-an - ?), pemimpin Islam Filipina. Dia lahir di Pagalungan, Cotabato. Pengaruhnya sebagai Gabenor Cotabato amat kuat, malah kerajaan Filipina di Manila tidak berani menentangnya. Dia memerintah Cotabato seolah-olah wilayah tersebut milik peribadinya. Salah satu asas kekuatannya ialah latar belakang keluarganya, iaitu keluarga Matalam di Pagalungan di bahagian hulu dan keluarga Sinsuat di bandar Cotabato di bahagian hilir. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
USNO | USNO, parti politik. USNO ialah singkatan United Sabah National Organisation. Parti ini ditubuhkan pada 23 Disember 1961 hasil gabungan beberapa persatuan di Sabah. Antara persatuan yang bergabung membentuk USNO ialah Persatuan Islam Sabah (PIS), Persatuan Islam Putatan (PIP) dan Pergaulan Anak Negeri Sandakan. Kemunculan USNO adalah hasil daya usaha Datu Mustapha Datu Harun dan pemimpin-pemimpin Islam Sabah. Antara pengasasnya ialah Dato’ Haji Zakaria Gun, Dato’ Ahmad Mahmud, Haji Yusuf Shamsuddin, Parman bin Hassan Raji, Dato’ Haji Ariffin, Datuk Abd. Malik Jangkat, Dato’ Othman Haji Sidik dan Datu K.M. Edinin. Semenjak penubuhannya USNO diterajui oleh Datu Mustapha. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
BERJAYA | BERJAYA, parti politik. BERJAYA ialah singkatan bagi Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah. BERJAYA ditubuhkan pada 15 Julai 1975 oleh bekas pemimpin Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Tun Datu Mustapha Datu Harun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
IDAHAN | IDAHAN, salah satu subkelompok peribumi Sabah daripada rumpun Dusun. Mereka tinggal bertaburan di beberapa perkampungan di tebing dan lembah sungai sekitar Lahad Datu dan Tungku, di bahagian utara Teluk Darvel dan Semenanjung Kent hingga ke utara menghala ke Sandakan. Di Lahad Datu, mereka menetap di sekitar Tabanac, Sapagaya, Bikang, Binuang, Segamen (Segama), Segangan, Terusan dan Diwata. Penempatan asal mereka bermula di tebing dan lembah sungai jauh ke selatan menghala ke Teluk Darvel dan Sungai Segama. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
ADAT PERKAHWINAN SULUK | ADAT PERKAHWINAN SULUK, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Suluk di sebelah pantai timur Sabah seperti di Sandakan, Lahad Datu dan Semporna. Lazimnya ibu bapa mencari pasangan untuk anak lelaki mereka. Si ibu mengadakan satu ujian ke atas gadis yang bakal menjadi menantunya dengan cara meminta gadis tersebut tinggal di rumahnya dan bekerja untuk beberapa waktu. Selain membantu kerja rumah, gadis itu diminta ‘mengutu’ iaitu menyisir atau menguruskan rambut si ibu. Tujuannya adalah untuk mengetahui sejauh mana kerelaan gadis tersebut untuk bersama atau berkahwin dengan anak lelakinya. Sekiranya didapati ada kesesuaian, barulah diadakan acar merisik. | BUDAYA | Konsep |