KACA DAWAI | Kaca dawai terdiri daripada kepingan kaca setebal enam milimeter hingga 19 milimeter yang mengandungi jejaring dawai yang disisipkan semasa proses pembuatannya. Jejaring dawai itu menguatkan kaca dan memegangnya apabila kaca pecah. | UMUM | |
DAWAI BERDURI | Dawai berduri, dibuat daripada dua atau lebih dawai keluli yang dipintal bersama dan mempunyai cangkuk bak duri dalam jarak dekat-dekat. Ia dijadikan pagar, khususnya untuk memagar haiwan ternakan. | UMUM | |
DAWAI | Dawai ialah rod logam yang panjang, halus, dan boleh lentur yang keratan rentasnya adalah sekata. Hanya logam mulur, atau logam yang mudah ditarik, boleh digunakan untuk membuat dawai. Logam mulur yang utama ialah tembaga, keluli, loyang, tungsten, emas, perak, dan aluminium. | UMUM | |
PERMALOI | Permaloi ialah aloi nikel-besi yang mudah dimagnetkan. Ia boleh dimagnetkan dengan membalut dawai bertebat di sekelilingnya dan mengalirkan arus elektrik melalui dawai itu. Permaloi hilang kemagnetannya apabila arus dihentikan. Apabila arus ulang-alik yang lemah dialirkan menerusi gegelung yang dililitkan di sekeliling batang permaloi, ia menghasilkan medan magnet ulang-alik yang kuat dalam bahan itu. Oleh sebab ini, permaloi adalah bahan yang unggul untuk digunakan sebagai teras pengaruh dan pengubah kuasa rendah yang digunakan dalam kejuruteraan komunikasi. | UMUM | |
ELEKTROD | Elektrod ialah pengkonduksi yang melalui arus masuk atau keluar dari peranti elektrik atau elektronik. Kebanyakan elektrod ialah kepingan logam yang dibentuk menjadi plat, rod, dawai atau jaringan dawai. | UMUM | |
METER GALVANI | Meter galvani ialah alat yang digunakan untuk mengesan dan mengukur arus elektrik yang kecil. Kebanyakan meter galvani berfungsi berdasarkan prinsip bahawa arus elektrik yang mengalir melalui dawai dalam medan magnet menghasilkan daya terhadap dawai itu. | UMUM | |
TALI | Tali diperbuat daripada lembar benang atau dawai yang dipintal bersama. Saiznya adalah antara 4.8 milimeter hingga melebihi 152 milimeter mengikut ukuran diameternya. Tali yang berukuran kurang daripada 4.8 milimeter tebal dikenali sebagai tali pintal atau kord. Tali-temali ialah istilah umum bagi tali, tali pintal atau kord yang diperbuat daripada lembar benang. | UMUM | |
TERMOGANDINGAN | Termogandingan ialah peranti elektrik yang menukarkan haba kepada tenaga elektrik atau tenaga elektrik kepada haba. Termogandingan dibuat dengan memintal hujung dua dawai berlainan jenis, seperti besi dan tembaga, untuk membentuk simpangan . Hujung yang satu lagi juga dipintal untuk membentuk satu lagi simpangan. Jika satu simpangan dipanaskan, ammeter yang disambungkan kepada satu daripada dawai di antara simpangan akan menunjukkan pengaliran arus termoelektrik (dijana oleh haba). | UMUM | |
KABEL SEPAKSI | Kabel sepaksi ialah pengalir elektrik yang terdiri daripada dawai pengaliran bertebat pusat yang dikelilingi oleh perisaian pengaliran berbentuk tiub yang fleksibel. Kabel jenis ini diistilahkan sepaksi kerana pengalir pusat dan perisaian luar mempunyai paksi yang sama. | UMUM | |
MESIN TELETAIP | Mesin teletaip ialah mesin taip elektro mekanikal yang menghantar denyutan elektrik melalui dawai kepada alat penerima yang kemudiannya akan mencetak mesej tersebut. Semasa jurutaip menekan setiap mata taip pada alat penghantar, ia mengaktifkan denyutan elektrik yang bertindak balik menekan huruf yang sama pada penerima. Mesin teletaip biasanya disambung secara bersiri dan banyak alat penerima di berbagai-bagai tempat seluruh dunia boleh dikendalikan dari satu alat pemancar sahaja pada satu masa. | UMUM | |