| DAY-LEWIS, CECIL | Day-Lewis, Cecil (1904–1972) ialah pemuisi dan novelis Inggeris kelahiran Ireland. Pada tahun 1968, Ratu Elizabeth II melantik Day-Lewis sebagai laureate pemuisi di England. | UMUM | |
| DAY, CLARENCE | Day, Clarence (1874–1935), penulis Amerika. Dia menjadi terkenal kerana dua buku sketsa humor mengenai keluarganya yang bertajuk Life with Father (1935) dan Life with Mother (diterbitkan pada tahun 1937, selepas dia meninggal dunia). Buku ini telah dijadikan drama, Life with Father (1939), yang menjadi satu daripada drama yang paling popular dalam sejarah teater Amerika. | UMUM | |
| DAY LILY | Day lily ialah sejenis tumbuhan lili yang mempunyai bunga yang cantik, biasanya berwarna kuning atau jingga, kembang antara matahari terbit hinggalah matahari terbenam. | UMUM | |
| DAY-LEWIS, DANIEL | Day-Lewis, Daniel (1957– ) ialah pelakon Ireland. Pada tahun 1989, dia memenangi Academy Award sebagai pelakon terbaik dalam filem My Left Foot, yang melakonkan watak Christy Brown sebagai seorang penulis dan penyair yang lumpuh. | UMUM | |
| D-DAY | D-day ialah istilah bagi satu tarikh rahsia menandakan sesuatu operasi ketenteraan akan bermula. | UMUM | |
| MORMON | Mormon ialah nama yang biasanya diberi kepada ahli The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints . Mereka dinamakan demikian kerana kepercayaan mereka pada Book of Mormon. Mereka mendakwa bahawa gereja seperti yang ditubuhkan oleh Christ tidak wujud dalam bentuk asalnya, dan telah dipulihkan pada zaman moden melalui wahyu daripada tuhan kepada Joseph Smith (lihat Smith, Joseph). Oleh itu, mereka percaya, bahawa gereja mereka adalah gereja Jesus Christ yang sebenar dan lengkap yang dipulihkan di dunia ini. Mormon lebih tepat dinamakan Latter-day Saints, menggunakan perkataan “saint” dalam pengertian dalam Bible yang bermakna mana-mana ahli kepada gereja Christ . | UMUM | |
| SMITH, JOSEPH | Smith, Joseph (1805–1844) ialah pengasas dan presiden pertama Gereja Mormon yang secara rasminya dikenali sebagai Gereja Jesus Christ of Latter-day Saints. Beberapa gereja lain turut mengiktiraf Smith sebagai pengasas mereka. Antaranya, yang terbesar ialah Reorganized Church of Jesus Christ of Latter-day Saints. | UMUM | |
| DAISI | Daisi ialah nama yang diberi kepada banyak bunga. Nama ini berasal daripada perkataan Inggeris lama day’s eye. Perkataan ini merujuk kepada bunga daisi yang berkembang seperti mata, tertutup pada waktu malam dan terbuka semula pada waktu subuh. | UMUM | |
| PERLUMBAAN KAPAL LAYAR SYDNEY-HOBART | Perlumbaan kapal layar Sydney-Hobart ialah salah satu pertandingan laut yang klasik di dunia. Ia bermula di Sydney pada Boxing Day , 26 | UMUM | |
| SALT LAKE CITY | Salt Lake City (pend. 159 936; pend. kaw. met. 1 072 227) ialah ibu kota dan bandar terbesar di Utah, Amerika Syarikat. Gereja Jesus Christ of Latter-day Saints, yang biasanya dikenali sebagai Gereja Mormon, mempunyai markasnya di sana. Industrinya yang utama ialah membuat bahan kimia, elektronik, keluaran makanan, keluaran logam, petroleum dan keluli. Salt Lake City ialah salah satu pusat kebudayaan, kewangan, industri dan pengangkutan yang utama di Negeri-negeri Pergunungan Rocky. | UMUM | |